Tuesday, 16 September 2014

kerana aku yakin ada Tuhan bersama aku.

Bila berjalan, aku suka menoleh ke belakang.
Bukan kerana buang tebiat, bukan juga kerana terikat.

Bila berdiri, aku suka memandang ke bawah.
Bukan kerana gayat, bukan juga kerana tersilap.

Bila laju berlari, aku berhenti seketika.
Bukan kerana penat, bukan juga kerana lelah.

Bila duduk aku mendongak ke atas.
Bukan kerana takut, bukan juga kerana hebat.

Aku menoleh kebelakang.
Kerana aku inginkan teguran.

Aku memandang kebawah.
Kerana aku yakin aku bukan berseorangan.

Aku berhenti seketika.
Kerana aku ingin kan pertolongan.

Aku mendongak keatas.
Kerana aku yakin Ada Tuhan bersama aku.

Irbid.
16 September 2014.


No comments:

Post a Comment