Thursday, 5 July 2012

[Syiria:Sejarah yang diulang tayang]



Tahukah kita semua,sebenarnya apa yang berlaku di syiria pada detik ini adalah ulang tayang apa yang telah berlaku suatu ketika dahulu,pada ketika itu,Hafiz Assad sebagai pemerintah diktaktor syiria bermula tahun 1970,pemerintahan hafiz assad adalah kesinambungan daripada kekuasan parti Baath (nasionalisme) selepas kemerdekaan syiria daripada cengkaman perancis pada tahun 1946.


Syiria adalah negara Himpunan tamadun dunia yang melahirkan ramai ulama' dalam pelbagai disiplin ilmu,syiria telah ditakluk oleh islam pada zaman pemerintahan Umar Al-Khattab,khalifah ar-rasyidin yang kedua,pemerintahan islam berlarutan sehingga kepada zaman umawiyyah,abbasiyyah,seljuk dan ayyub.pada tahun 1517 syiria berada di bawahan naungan pemerintahan Uthmaniyyah.


pada abad ke-19,pada tahun 1831,syiria jatuh kepada muhammad ali pasha yang terkenal dengan sifat permusuhannya terhadapa uthmaniyyah,namun ia tidak berkekalan kerana uthmaniyyah mampu mengambil kembali tampuk pemerintahan syiria sehingga tahun 1920 sebelum dijajah oleh perancis.


Semasa perancis menguasai syiria,mereka telah menyusun atur politik syiria dengan meletakkan puak-puak syiah sebagai pemegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan sehinggi menyisih pengaruh ahlu sunnah wal jamaah yang asalnya mempengaruhi kekuasaan di syiria.


selepas kemerdekaan syiria daripada perancis,syiria telah dikuasai oleh puak-puak syiah yang hanya mempunyai minoroti sebanyak 11 peratus ketika itu berbanding ahlu sunnah wal jamaah yang mempunyai majoriti seramai 75 peratus dan selebihnya 9 peratus adalah kristian.bermula 1949,syiria terus bergolak dengan perebutan kuasa sehinggalah timbulnya penguasaan oleh rejim assad yang memperkenalkan diri mereka sebagai "demokrasi rakyat sosialis" pada tahun 1970,ketika pemerintahan rejim assad,syiria yelah bebas daripada perebutan kuasa namun apa yang malangnya rejim assad telah mengamalkan pemerintah berbentuk tekanan dan kezaliman politik.


pada zaman rejim assad,segala parti politik,gerakan-gerakan atau pertubuhan-pertubuhan yang berbeza pandangan dengan sosialis diharamkan,malahan pemimpin-pemimpin parti politik yang bertentangan dengan idea sosialis ditahan,dipenjara dan didera.pada era rejim assad,kedudukan dipijak dan dilanyak dengan begitu mudah,wanita diperkosa dan dirogal sesuka hati.


Matlamat Rejim Assad


ketika pemerintahan rejim assad,matlamat mereka mudah iaitu menghapuskan segala syiar islam di syiria,oleh itu,pembunuhan terhadap ummat islam dilakukan sesuka hati,wanita dirogol dan dibunuh,lelaki digantung dibahagian kaki secara terbalik dan pelabagai lagi bentuk penyeksaan yang dilakukan.


bukan itu sahaja,bangunan-bangunan bersejarah diruntuhkan,mereka menyerang rumah-rumah rakyat sesuka hati,mencemari masjid-masjid dan sebagainya.

Salah Satu Pemandangan Bandar Hama,Syiria.

Pembunuhan beramai-ramai di Hama.


pada zaman assad,tanggal 2 Februari 1982,suatu peristiwa yang memuncak adalah pembunuhan beramai-ramai rakyat syiria di Bandar Hama,salah satu bandar yang mempunyai keunikan pelancongan di syiria.


Pembunuhan ini amat mengerikan sehinggakan mengorbankan banyak nyawa,anatara salah satu faktor keganasan ini berlaku adalah kerana kesuburan gerakan-gerakan islam di bandar Hama.pembunuhun ini telah diketuai sendiri oleh adik hafiz assad iaitu rifaat assad yang merupakan salah seorang anggota tertinggi dalam majlis tentera syiria.


Rifaat yang mendapat mandat dan sokongan penuh daripada hafiz assad telah mengarahkan 12,000 orang tentera untuk memusnahkan ketamadunan bandar hama,tentera yang engan mengikuti arahan dibunuh.


penduduk bandar hama ketika itu terdiri daripada 350,000 orang,dalam peristiwa ini,hampir 40,000 penduduk bandar Hama yang kehilangan nyawa.masjid-masjid dan bangunan bersejarah diruntuhkan.serangan ini berlarutan sehingga 27 hari.ramai dalam kalangan penduduk hama terpaksa melarikan diri dalam peristiwa ini.


ketika tragedi 2 februaru 1982 yang berlarutan selama 27 hari ini,rejim assad telah menyekat segala bentuk penyaluran maklumat samaada kemasukan maklumat ke bandar hama atau sebaliknya,keluar-masuk tidak dibenarkan,namun badan penguasa dunia mampu membongkar perkara ini sehingga menjadikan ia sebagai rahsia umum dunia.

selama 3 dekad pemerintahan diktaktor hafiz assad,masih banyak terdapat pembunuhan dan kekejaman yang disembunyikan daripada pengetahuan umum.


begitulah apa yang berlaku di syiria sekarang,tidak banyak yang berbeza.




Abu Abdul Rahman
Sweileh,Jordan.
05 Julai 2012
15 Sya'ban 1433
[Membangun Komuniti Muslim Kelas Pertama]





No comments:

Post a Comment