Thursday, 20 June 2013

Catatan Syiria - Za'tari. |Mereka mangsa Kekejaman Bukan Pelarian|

"Esok ada yang free tak?"

"Ana tak guna lagi 5 kali peluang tidak hadir ke kelas tu ustaz". Tersenyum.

Idea "memanfaatkan" 5 kali peluang tidak hadir ke kelas ini bukanlah suatu yang dianjurkan, namun bila benar-benar diperlukan, manfaatkan dengan sebaiknya.

Asalnya rombongan kami Ber-6, termasuk Dato' Paduka Husam Musa.. Tiba di Mafraq, kami berjanji untuk mengambil 2 saudara kami di Stesen Bas Mafraq.. Mereka tiba dari Irbid dan kami pula tiba dari Amman.

Ke Za'tari..

Dari Stesen Bas Mafraq kami bertolak ke Za'tari, salah satu penempatan Pelarian Syiria di Jordan atau dengan bahasa yang betul adalah Kem Mangsa Penindasan Rejim Bashar Assad.  15 minit berlalu, kami tiba di pintu utama Kem Za'tari yang dikawal ketat anggota polis bersenjata dan tentera.

Pada mulanya kami memaklumkan bahawa kami hadir bersama salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri dan Juga Bekas Ahli Parlimen Malaysia -Dato' Paduka Husam Musa-, hampir 10 minit kami menanti di pintu utama.. Kami tidak mendapat kebenaran untuk masuk ke dalam Kem yang terletak hampir 2 Kilometer daripada pintu utama kem.

Ke Pintu Kedua.

"Takpelah, takde rezki kita nak masuk".

"Kita cuba pintu kedua". ujar Muhannid - Warganegara Syiria yang turut bersama kami-

Dengan penuh rasa harap, kami ke pintu kedua kem.. Sebelum apa-apa lagi, kami diminta berhenti dan diarahkan masuk melalui pintu utama..

"Curi" Masuk.

Setelah berbincang dalam kereta, kami bersetuju untuk sebahagian daripada kami masuk ke Kem dan sebahagian yang lain tinggal di luar.. Aku yang diamanah membawa kamera untuk rombongan tersebut diminta masuk bersama YB Husam dan Muhannid serta Imad -2 saudara Syiria-.

Sesampai di muka pintu utama, Imad -Saudara dari Syiria- menyibukkan diri untuk bertanya sesuatu pada pihak polis bagi mengalihkan perhatian, dan kami bertiga terus berjalan masuk tanpa memandang ke belakang.. 100 meter daripada pintu pagar utama, Imad datang dengan sebuah kereta sewa dan membawa kami ke pintu yang kedua selepas melepasi pintu utama.. Alhamdulillah, Berjaya!

Gambar Berbicara.


Dalam perjalanan ke penempatan Muhannid dan Imad, kami kurang berbicara.. Masing-masing melayan perasaan.. Aku pula dengan kamera.. Sesekali Muhannid memberikan sedikit sebanyak maklumat berkaitan Kem yang menempatkan 170,000 Mangsa Kekejaman Rejim Bashar.



Suasana di Pintu masuk Kem Za'tari.


Ribut pasir yang melanda agak menyukarkan pernafasan.


Salah seorang warga Kem sedang membersihkan lubang kumbahan dibelakang khemah keluarganya.


 Kanak-kanak perempuan mengisi bekalan air untuk kegunaan keluarga mereka.


 Sebahagian daripada waqaf Warganegara Saudi.


 Salah sebuah Masjid di Kem Za'tari. 



 "Jangan ambil gambar aku!".

 Bermain dibawah cuaca panas dan kering.

 Mereka sepatutnya ke sekolah.

"Ambil gambar aku".

 Dapur Jama'ie.

 Bekalan air minuman.

 Ditembak tentera Rejim Bashar.

 Keadaan kontena yang panas.

 Lubang air kumbahan dibelakang kontena.

 Kebersihan yang tidak terpelihara.

Tandas.

Pasar didalam kem Za'tari.

Ke Sekolah.

Sekolah.

Masjid.

"Masukkan dalam Al-Jazera, biar seluruh dunia tahu"..

Bendera Kebebasan Syiria.

Ribut Pasir.

Kem Za'tari.

Kem Za'tari.

Dato' Husam bersama Husam Junior.

Kebebasan.

Keamanan.

 Pintu Keluar.

Jalan perhubungan.


Sehingga ke hujung kem, Dato' Husam tidak berkata apa-apa, sehinggalah beberapa ketika beliau berhenti melayan sebak di hati, teresak-esak menangis..

Sungguh keras hati kita, tika tidak terhitung nikmat Allah s.w.t. yang dikurniakan kepada kita, namun kita lupa untuk bersyukur kepada-Nya.. Bahkan, ada masa kita meninggalkan perintah-Nya lalu melayani segala larangan-Nya..

Mereka bukan "pelarian".

Hari ini kita masih mengekalkan istilah pelarian kepada mereka yang keluar daripada Palestin, keluar daripada Somalia, keluar daripada Syiria, Keluar daripada Burma..

Bukan!

Mereka keluar bukan kerana mereka memilih untuk keluar, akan tetapi mereka terpaksa keluar meninggalkan tanah air mereka yang tercinta kerana penindasan rejim di negara mereka..

Mereka bukan pelarian, mereka adalah mangsa rejim, mangsa penindasan, mangsa kekejaman dan mangsa kezaliman.. Mereka adalah saudara se-Agama kita semua.

Doakanlah mereka!



Abdul Hakim Othman.
Sweileh, Amman.
21 Jun 2013.
12 Sha'ban 1434.

2 comments:

  1. Smart . Hasbunallah wa ni'mal wakil ..

    ReplyDelete
  2. Muhasabah diri.....Jazakallahu Khairan atas perkongsian.

    ReplyDelete