Sunday, 18 August 2013

Nasi Maqlubah |Resepi|

Nasi

Bahan A

1½ ekor ayam besar.(potong 4)
45  gm rempah kari adabi. (untuk rebus ayam)
3    inci  halia diketuk.
8    cawan air.
1½ sudu makan garam.
Cengkih, kulit manis dan buah pelaga.

Bahan B

1    kg beras basmati.(dibersih)
½   kg bunga kobis. (potong agak besar)
½   kg ubi kentang.(belah 2)
2-3 biji terung bulat.(kecil)(belah empat)
5    labu bawang besar.(potong kuib)
5    ulas bawang putih.( dihiris nipis)
2    bungkus rempah kari daging peladang.
3    sudu gula.
1    sudu besar serbuk lada hitam.
1    sudu kecil serbuk kunyit/ safron.


Gambar Hiasan.

   Cara :
  1. Campurkan semua bahan A ke dalam periuk – direbus hingga ayam separuh masak.
  2. Dengan minyak yang agak banyak, goreng satu persatu bunga kobis, ubi kentang, terung, bawang besar dan bawang putih hingga sedikit layu. (Bahan B)
  3. Keluarkan sebahagian minyak , goreng beras hingga beras tidak melekat.
  4. Dalam periuk rebusan ayam yang telah separuh masak,- keluarkan rempah kasar dan halia.
  5. Masukkan ubi kentang, terung, bunga kobis, bawang,lada hitam kunyit, beras dan rempah kari. Gula, lada hitam dan kunyit.
  6. Bila masak terbalikkan periuk untuk dihidang. (kerana ayam dan sayur di bahagian bawah periuk)

Gambar Hiasan.

ACAR

        2     batang timun.
        1     batang carrot.
        1     biji sengkuang kecil.
        2     biji  buah tomato yang agak keras/hijau.
        1     labu bawang besar.
        2     biji lada merah.

     Cara :

  1. Semua bahan dipotong kiub kecil.
  2. Digaul bersama perahan limau kasturi, garam, gula dan cuka jika perlu.

Gambar Hiasan.


Selamat Mencuba!

Kg Binjai Berambu.
18 Ogos 2013.


1 comment:

  1. Subahanallah.. mencari2 resipi nasi maulubah ni.. tiba2 terjumpa di blog anta.. terima kasih ya akhi.. :D

    ReplyDelete