اللهم صل على سيدنا محمد و على آله وصحبه اجمعين.
"Aku mencintai-Mu kerana allah".
Perkataan yang mudah meniti dibibir setiap daripada
kita,bukan susah untuk kita melafazkan kata-kata ukhuwwah fillah dan sebagainya
sebagai menepati firman allah s.w.t. dalam surah al-hujurat:10,akan tetapi
sejauh mana bukti ukhuwwah kita kerana allah s.w.t..
Adakah bukti kita berukhwwah kerana allah s.w.t. dengan
sentiasa bertemu saudara kita setiap hari,atau membelanja saudara kita
makan,minum di tempat-tempat yang mahal,atau menghadiahkan saudara kita dengan
kebendaan yang berjenama dan sebagainya yang bersifat luaran semata-mata dan
materialistik.
Tidak salah semua itu,mungkin ianya salah satu cara untuk
kita membuktikan ukhuwwah kita kepada saudara kita.
Akan tetapi,perlu kita ingat,
Jika semua inilah yang dinamakan Ukhuwwah kerana allah
s.w.t.,makanya orang barat lebih ber"ukhuwwah" berbanding kita orang
islam yang tidak lekang dari bibir
menyebut perkataan ukhuwwah islamiyyah,kerana apa berani dikatakan sebegitu
rupa,orang barat apabila meraikan seseorang saudara,mereka akan mengadakan satu
pesta besar-besaran,menghadiahkan sesuatu yang amat berharga daripada benda
yang berjenama dan sebagainya.
Semua ini dilihat indah pada pandangan kasar
manusia,seolah-olah teramat eratnya "ukhuwwah" antara masyarakat
barat,tanpa kita sedari bahawa kita hari ini
juga seolah-olah mengikut jejak langkah mereka dalam
ber"ukhuwwah".
Muhasabah Kita bersama.
Rujukan utama hidup seorang mu'min itu adalah Al-Quran
& sunnah nabi s.a.w.,setiap detik hidup kita dituntut untuk selari dengan 2
panduan utam hidup kita ini,dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada
sebesar-besar perkara.
Ukhuwwah bukanlah perkara yang remeh bagi kita selaku
ummat islam yang beriman dengan kitab allah s.w.t.,manakan tidak dikatakan
sebegitu rupa,apabila tiba baginda Muhammad s.a.w. dikota Madinah
Al-Munawwarah,perkara utama yang dilakukan oleh baginda s.a.w. adalah membina
masjid,pasar dan menghubungkan silaturrahim antara Muhajirin & Ansar.
Cuba kita fikirkan,mengapakah baginda s.a.w. membina
masjid & pasar pada permulaan ketibaan baginda s.a.w. di kota
Yathrib?adakah baginda tidak memerlukan sebuah persinggahan untuk diri baginda
s.a.w. sendiri,atau sebuah tempat untuk urusan seharian baginda?.semua persoalan
ini boleh dijawab sendiri oleh kita dengan mengkaji sirah rasulullah s.a.w..
Tujuan asal baginda s.a.w. membina 2 institusi penting
ini adalah kerana melihat isu perhubungan manusia adalah perkara utama dalam
kehidupan sesebuah masyarakat.
Kembali kepada tajuk asal perkongsian ini,didalam
al-quran,allah s.w.t. berfirman berkaitan isu Ukhuwwah ini didalam surah
al-hujurat:10-13,nama lain bagi surah ini adalah surah al-adab kerana
ayat-ayat didalam surah ini menceritakan begitu banyak persoalan adab
samaada,adab antara makhluk dengan khaliknya,ummat dengan nabinya,dan hubungan
kemasyarakatan antara manusia.
Ayat 10-13 menceritakan sebegitu besar nilai ukhuwwah
islamiyyah bahkan ulama' tafsir(tafsir al-qurtubi) dalam menafsirkan ayat yang
ke-sepuluh berkata"sesungguhnya persaudaraan diatas dasar agama lebih
kukuh berbanding dengan ikatan persaudaraan yang disandarkan kepada keturunan
kerana persaudaraan atas dasar keturunan akan terputus dengan perbezaan
agama".
Ayat keseterusnya allah s.w.t. menceritakan adab-adab
dalam berukhuwwah antara sesama orang mu'min,antara adab-adab yang
disebut,1)janganlah kita mencemuh saudara kita,2)menggelar dengan gelaran yang
dibenci,3)bersangka buruk,4)mengintip kesalahan dan ke'aiban serta 5)mengumpat
saudara-saudara kita.
Namun fenomena hari ini berbeza dengan apa yang
terkandung dalam panduan kehidupan kita,tersasar jauh dengan apa yang diajar
oleh baginda s.a.w. kepada kita,ukhuwwah yang kita jalinkan hari ini lebih
kepada "menjaga hati" berbanding kepada menjaga agama.
Bukan cuba menafikan bahawa "menjaga hati" itu
adalah salah satu item dalam membina ukhuwaah yang mantap,akan tetapi apa yang
lebih besar adalah kita menjaga agama saudara kita daripada unsur-unsur
keruntuhan beragama.
Dek kerana mengutamakan hati berbanding agama,kita
sama-sekali tidak berani untuk memperbetulkan kemungkaran yang dilakukan oleh
saudara kita,kita lebih suka untuk meraikan saudara dengan keraian kebendaan
berbanding meraikan saudara kita dengan mutiara-mutiara nasihat yang diajar
oleh islam,sekali lagi tidak cuba untuk mengetepikan naluri kemanusiaan.
Bila timbulnya kemungkaran dan kesalahan pada saudara
kita,pendirian yang diambil oleh kita adalah,terus bersangka
buruk,mencemuh,menghina.mengumpat dan sebagainya,bukankah islam mengajarkan
kepada supaya mengambil jalan untuk sentiasa tegur-menegur antara satu sama
lain.
Kesimpulan yang yang diambil oleh kita adalah,mengkaji
bagaimana islam mengajar kita dalam menjalani kehidupan persaudaraan,bukannya
kita mengambil jalan selain daripada islam dalam menghubungkan persaudaraan
kita kerana dibimbangi persaudaraan yang kita jalinkan atas dasar "akal
dan nafsu" tidak tergolong dalam golongan yang disebut didalam hadis
rasulullah s.a.w.:
"ada tujuh golongan yang mendapat naungan dalam
naungan-Nya pada hari kiamat,di hari ketika tiada naungan melainkan
naungan-Nya,iaitu:
1)Imam yang 'adil,
2)pemuda yang tumbuh dalam beribadah kepada allah,
3)lelaki yang sentiasa mengingati allah ketika
bersendirian sehingga berlinangan air mata,
4)lelaki yang sentiasa hatinya terikat dengan masjid,
5)dua orang yang saling mencintai kerana allah,
6)lelaki yang diajak oleh wanita bangsawan dan rupawan
lalu dia berkata:"sesungguhnya aku takutkan allah",
7)serta seorang yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi
sehinggakan tangan kiri tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan
kanan".-Al-Bukhari.
Semoga Ukhuwwah yang kita jalinkan selama ini adalah
benar-benar atas dasar cinta kerana allah s.w.t.,bukan kerana,benda,harta,nafsu
atau hati semata-mata,akan tetapi agamalah yang lebih utama.wallahu'alam.
Re-Post.
Abdul Hakim Othman
Bayt Farid,Amman,Jordan
19/12/2011
No comments:
Post a Comment