Saat
masyarakat diluar sana bergembira dengan kemenangan Dr Mursi di Mesir,ada yang
bergembira kerana kemenangan Jema'ah Islam di Mesir dan banyak lagi kegembiraan
dalam beberapa ketika yang hampir ini.
Tiada
kegembiraan yang kekal melainkan kegembiraan akan kekal di akhirat bagi yang
ahli-Nya.menerima berita pemergiaan seorang "senior" dalam bahang
panas perjuang,beliau pergi saat mana teman-teman amat memerlukannya,dia
bukanlah seorang pimpinan di peringkat pusat,bukan juga pimpinan diperingkat
negeri,dan bukan juga pimpinan diperingkat kawasan.tetapi sumbangannya tidak
mampu untuk dibilang.
Dalam
perjuang,ada yang bekerja diperingkat pimpinan,siang malamnya diekori oleh
mata-mata manusia,sehinggakan kadang-kadang tiada masa untuk berehat,namun
disana juga masih ramai yang berjuang tanpa pangkat,tanpa mengharapkan belas
kasihan,tanpa mengharapakan pujian atau pandang manusia,apa yang mereka ada
adalah berjuang menegakkan agama allah s.w.t.,ikhlas semata-mata kerana-Nya.
Murabitun.
Mungkin
diluar sana ramai tokoh-tokoh murabitun yang disanjung oleh masyarakat kerana
sumbangannya kepada perjuang agama allah s.w.t. terlalu besar,sehinggakan ada
yang mengambil ikon murabitun tertentu untuk dijadikan Role-Model,namun secara jujur,"Senior"ku
ini adalah salah satu watak yang memenangkan perjuang Islam terutama di daerah
tinggalanku.
Istiqamah
beliau dalam perjuangan tidak mengenal erti penat dan lelah,tidak pernah kenal
erti putus asa,sentiasa sahaja mahu belajar sesuatu yang baru,tidak peduli
cemuhan orang kepadanya.Subhanallah..
Peringatan
Untuk Kita.
Hari
ini,ramai yang mudah meluncurkan kata,mendabik dada,berbangga bagai tiada yang
lebih hebat daripadanya,mengaku bahawa "Aku Pejuang Agama Allah".
Bukanlah
menjadi kesilapan untuk kita menunjukkan keIzzahan bahawa Islam sentiasa ada
yang memperjuangkan,tetapi jangan dilupakan,muhasabah diri kita bersama,setiap patah kata yang keluar dari
mulut kita akan ada yang menuntutnya,semoga allah s.w.t. menetapkan hati-hati
kita diatas agama-Nya dan menetapkan hati kita diatas ketaatan kepada-Nya.
Aku
Belajar Ukhuwah.
Satu
kisah yang menyayat hati,"senior"ku ini terpaksa mengharungi saat
getir sebelum pergi menghadap Ilahi,beliau terpaksa menerima hakikat lebih
kurang satahun,bertarung dengan Stroke.
Allah
s.w.t. tidak pernah meninggalkan hamba-Nya bersendirian,saat getir ini tidak
dihadapi oleh beliau dan keluarga secara bersendirian,tetapi dek kerana
Tarbiyah yang diterima,sahabat-sahabatnya turut bersama,bantuan dihulurkan
bukan semata wang dan doa,bahkan tenaga turut disumbangkan.
Al-Fatihah
Buat Al-Murabitun Akhuna Fil Islam Mohd
Zaki Yahya a.ka. Amri, bekas petugas sepenuh masa PAS Kawasan Kuala Terengganu.
Semoga allah s.w.t. menempatkanmu
dalam kalangan para solihin dan muttaqin.
No comments:
Post a Comment