Tuesday, 16 October 2012
Kasihkan Kawan.
"Kau jangan ikut perangai aku,aku ni ahli neraka".Ringan keluar dari mulut si Joe.
"Eh,kau dapat wahyu ke semalam?".Tanya si Papai.
"Wahyu apa pulak kau ni?".Joe kebingungan.
"Wahyu la,yang kau tahu kau masuk neraka tu!".Jawab si Papai.
Joe tidak puas hati.
"Ye la.kau tak tengok ke,aku ni siang hari pukul orang situ,pukul orang sini,malam-malam aku mabuk,bawa perempuan kesana ke mari".
"Ops-ops,rileks bro,pasal Syurga neraka ni kuasa Allah s.w.t,kau patut bersyukur sebab kau sedar silap-salah kau selama ni".Papai cuba mengawal emosi Joe.
"Allah s.w.t. tak pernah meninggalkan hamba-Nya,bila kita terlanjur buat salah cepat-cepat bertaubat,Allah s.w.t. tak pernah menzalimi hamba-Nya melainkan hamba-Nya yang menzalimi diri mereka sendiri".papai menyambung bicara.
"Kau mudah la bercakap,yang menanggung aku,bukan kau,acap kali dah aku menyesal dengan perbuatan aku selama ni,tapi bila sampai masa aku ulang balik perangai-perangai lama".Joe memberontak.
"Aku dah malas la nak jadi baik,tak ada yang sokong pun aku bila aku nak berubah,tapi kena herdik dengan kawan-kawan ada la".joe meluahkan rasa tidak puas hati.
Papai dari tadi menjadi pendengar yang setia.
"Biasa la joe,bila kita buat baik mesti ada punya yang tak puas hati,benda baik ni memang tak selari dengan hawa nafsu kita,aku pun bukan baik sangat,mesti adanya salah-silap aku kat mana-mana,sebab kena bertaubat bro".
"Tapi aku tetap bengang la,sampai bila benda ni nak berlaku kat diri aku,biar la aku tetap jadi macam yang aku jadi sekarang,tak perlu susah aku nak pergi jumpa Ustaz-ustaz".Joe tetap lagi berkeras dengan pendiriannya yang salah.
"Aik,buat apa pulak kau nak kena pergi jumpa ustaz.bukannya ustaz yang tentukan taubat kau diterima atau tidak.yang penting kau sendiri yang sedar dan berubah.mudah je la".papai sedar yang kawannya itu tersepit dalam birokrasi para agamawan.
"Kau ni dah jadi macam ustaz apa hal papai?,kau tahu sebelum ni bila aku nak berubah,semua orang suruh aku pergi jumpa ustaz jumpa syeikh.aku tertekan,kalau setakat jumpa tak apa la,tapi macam-macam syarat pulak yang mereka letak bila aku nak berubah".Joe meluahkan apa yang terbuku di hatinya selama ini.
"Ooo,rupanya tu yang menjadi masalah kau sekarang.takpe lah joe,yang lalu biarlah berlalu,lepas ni kau tak payah dah nak susahkan diri kau nak pergi jumpa ustaz-ustaz bila kau nak berubah,yang penting kau Ikhlas,kau sedar salah kau selama ni,pastu kau dah tak ulang lagi salah-silap kau sebelum ni".papai tenang menasihati kawannya itu.
"Dah la papai,dari tadi aku dengar kau berceramah,dah naik pening kepala aku,aku bla dulu la".Joe pergi meninggalkan papai sendirian di tempat kebiasaan mereka lepak.
***
Papai bermonolog sendirian.
"Rupa-rupanya selama ini yang jadi masalah orang nak berubah adalah para agamawan,sampai bila la benda ni nak berlarutan".
Bersambung.
http://drmaza.com/home/?p=1301
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment