Mengenal ulama dalam berkelana menuntut Ilmu adalah suatu
adat biasa bagi mereka yang benar-benar berminat untuk menadah terus telinga
mereka mendengar mutiara-mutiara Ilmu daripada seorang guru, begitulah keadaan
mereka yang pernah berkesempatan untuk menuntut Ilmu di Jordan khusus di
Universiti Of Jordan.
Tradisi bertalaqqi dengan para ulama' adalah suatu Sunnah
kehidupan bagi seorang pelajar, terutama bagi mereka yang menuntut dalam bidang
Syari'ah, tidak dapat dinafikan lagi keberkesanan menuntut ilmu secara
bertalaaqqi mampu membantu para penuntut ilmu untuk mengaut terus ilmu daripada
sumbernya.
Kelas Talaqqi di Sweileh
"Syeikh, Sungguh orang malaysia mendapat banyak
manfaat daripada Engkau". Luahku sebelum berpisah dengan pertemuan pagi itu.
"Ini kewajipan aku, aku suka orang malaysia".
Syeikh menyambut luahku itu.
--------------
Rata-rata pelajar malaysia yang datang menuntut di
University Of Jordan & Universiti Islam Sains dan Teknologi (WISE) akan
menetap di Sweileh, ini kerana keadaan penempatan yang tersusun, kemudahan asas
yang mencukupi, pengangkutan yang mudah dan ditambah dengan sejarah silam yang
terukir indah di sweileh juga menjadi faktor tarikan para pelajar untuk
meneruskan tradisi menetap di Sweileh.
Jika ditanya kepada Senior-senior Jordan siapakah tokoh
yang banyak memberikan kesan dalam
pendidikan mereka semasa di Jordan pastinya antara jawapan yang mudahnya adalah
Syeikh Hammam Sa'id, Syeikh Muhammad Abdul Qader, Syeikhuna Dr Solah Abdul
Fattah Al-Khalidi, Ustaz Dr Sharaf Qudhah, Sohibul Fadhilah Syeikh Nuh Qudhah,
Syeikh Syu'aib Al-Arnauot dan ramai lagi.
Saf ulama' yang disenarai pendek ini tidak pernah
berhenti untuk terus berbakti kepada ummah menyebar luaskan Ilmu yang ada pada
mereka, bermula dengan penulisan Buku-buku rujukan, kuliyah di universiti,
kuliyah di masjid-masjid, kuliyah bersama murid-murid tertentu dan pelbagai
lagi altenatif, semuanya dengan harapan agar ilmu yang dimiliki mereka mampu
dimanfaat oleh ummah.
Begitulah usaha
yang diambil oleh seorang Doktor di sebuah universiti yang terletak di
Tabarbur, Amman, Jordan, kehidupanya ringkas, tiada rumah besar bersamanya,
hanya tinggal di sebuah flat murah bersama masyarakat, tiada kereta
bersamanya,ke universiti hanya dengan teksi, ke masjid hanya dengan berjalan
kaki, ke tempat pengajian dengan menumpang anak-anak muridnya.
"Kenapa Doktor tak ada gelaran Profesor ?".
Soal Sahabatku.
"Universiti dah pernah tawarkan Profesor kepada Doktor, tapi doktor yang
menolak dan Doktor bagitahu kalau dia ambil gelaran prof dia akan berhenti
mengajar di universiti".Jawab seorang murid kanan Doktor.
Fadhilatul Syeikh Dr. Solah Al-Khalidi.
Nama Syeikh Solah amat tidak asing bagi pelajar-pelajar
malaysia, mereka yang datang ke Sweileh pasti teruja untuk bertemu muka dengan
Syeikh Solah Al-Khalidi, mereka teruja untuk mendengar bait-bait nasihat yang
keluar dari mulut seorang murabbi yan berjiwa murshid, ramai pelajar-pelajar
malaysia yang mendapat tarbiyah langsung daripada Syeikh Solah Al-Khalidi,
antara yang terkemuka hari ini ialah Prof. Madya Dato' Dr. Muhammad Asri Zainal
Abidin (USM), Prof Madya Dato' Dr Zulkifli Yusof (Uni. Malaya), Dr Zaharuddin
Abdul Rahman (UIAM) dan ramai lagi yang tidak tersenarai disini.
Ustaz Zaharuddin bersama Syeikh Solah Al-Khalidi.
"Hakim, Ana nak jumpa Syeikh Solah la". Salah
seorang calon master yang berkhusus selama 2 bulan di Jordan menyampaikan
hasratnya.
"Ustaz Ambil nombor syeikh la mudah, call
terus". Bingkas aku memberi jalan penyelesaian.
"Tapi, Syeikh suruh minta melalui
enta".tambahnya
"Kalau macam tu ana cuba call Syeikh". Jawabku
kebingungan.
***
"Ustaz ana dah Call Syeikh, Syeikh minta ustaz
datang jumpa lepas Subuh esok".Khabarku kepada ustaz tersebut.
"boleh-boleh, pagi esok ana pergi dengan kawan
ana".Responnya tanda lega.
Begitulah kebiasaannya Syeikh Solah Al-Khalidi, setiap
yang berhajat datang bertemu dengannya pasti akan disuruh untuk datang pada
waktu subuh di masjid yang dia sentiasa lazimi untuk solat 5 waktu (Masjid
Farid Al-Khalil, Sweileh).
Pernah sekali membawa Dr MAZA untuk bertemu gurunya, Dr
Solah Al-Khalidi. hanya terlewat beberapa minit, nasihat berisi yang diterima.
"Ana tunggu enta pukul 4 pagi esok". Dengan
nada tegas Dr. MAZA meninggalkan pesan.
"Insya Allah Dr, Kitaorang datang pukul 4 pagi
esok".Sambut Rockers yang bertanggungjawab menjadi P.A. Dr MAZA ketika di
Jordan.
****
" Ana dah nak ambil teksi tadi".Sinis kata-kata
Dr MAZA.
"Maaf Dr kami terlewat".Aku memohon maaf atas
kecuain
“Semalam janji pukul 4 pagi”. Pedas menusuk ke gegendang
telinga.
Dr. Maza bersama Syeikh Solah Al-Khalidi ketika lawatan beliau ke Jordan.
Sayyid Qutb As-Thani
Syeikh Solah digelar oleh murid-muridnya sebagai Sayyid Qutb yang kedua ini kerana, kesan pengaruh Sayyid Qutb amat jelas pada diri Syeikh Solah Al-Khalidi sehinggakan jika diteliti dalam setiap pengajian tafsir bersama Syeikh Solah, Pastinya Syeikh akan menyelitkan kata-kata Sayyid Qutb.
Hubungan Syeikh Solah dan Sayyid Qutb bukanlah perhubungan dalam pertalian darah, mahupun pelajar namun hubungan ini timbul daripada karya-karya Sayyid Qutb. Bahkan, Syeikh Solah dalam menyelesaikan pengajian di Peringkat Master dan P.H.D. telah memilih untuk mengkaji berkaitan pemikiran Sayyid Qutb.
Guru dan Murid-muridnya.
Secara ringkas, Syeikh Solah Al-Khalidi merupakan anak kelahiran bumi Palestin, mendapat pendidikan awal di palestin lalu menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Al-Azhar,Mesir. Beliau meneruskan pengajian peringkat Master dan P.H.D. di Riyadh,Saudi.
Semasa dalam tempoh pengajian, Syeikh Solah banyak terdedah dengan para Ulama' yang terkemuka antaranya Syeikh Sayyid Sabiq (Pengarang Fiqh Sunnah), Syeikh Mahmud Abdul Halim dan Syeikh Muhammad Ghazali.
Mudah Didekati.
Jika ditanya kepada mereka yang pernah menghampiri susuk
tubuh Syeikh Solah Al-Khalidi, pastinya mereka memberikan respon yang positif,
hanya perlu solat berjemaah bersama beliau,seusai solat boleh terus bersalaman,
saling bertanya khabar, dan boleh terus meminta nasihat dan mutiara kata-kata
semangat.
Pertemuan yang menghasilakan manfaat sehingga hari ini.
Sedikit masa dahulu, Syeikh Solah Al-Khalidi diberi
tempat bersama Syeikh Hammam dan Syeikh Abu Faris untuk berkhidmat menyebarkan
ilmu di Masjid Abdul Rahman Bin ‘Auf, Syeikh Solah dalam bidang Tafsir, Syeikh
Hammam dalam Bidang Hadis dan Syeikh Abu Faris dalam bidang Fiqh. Semua ini
tidak berkekalan, walaupun ketiga-tiga tokoh ini masih segar bersama masyarakat
sehingga ke hari ini, namun hak kebebasan mereka untuk menyampaikan Ilmu telah
disekat secara rakus oleh pihak yang bencikan kebenaran dan keadilan.
Sehingga hari ini, Syeikh Solah Al-Khalidi hanya
dibenarkan untuk mengadakan Kuliyah kecil-kecilan, beliau berkhidmat sebagai
pensyarah di Universiti dan menyebarkan Ilmu kepada mereka yang benar-benar
berminat untuk menuntut Ilmu di Rumah Beliau.
Sahabat-sahabat dari Mu'tah & Irbid yang sempat menziarahi Syeikh Solah baru-baru ini.
Kelas Pelajar Malaysia Dengan Syeikh.
Kali pertama berprogram bersama Syeikh Solah Al-Khalidi,
pesanan beliau ringkas, dia mahukan anak-anak murid yang bersedia menjadi
pejuang kepada Agama Islam, bersedia menjadi tokoh dalam mendidik masyarakat.
Antara Murid yang sering dijadikan contoh oleh Syeikh adalah Prof Dato’ Dr
Zulkifli Yusof (Uni. Malaya), hasratnya agar pelajar Malaysia mampu mencontohi
murid kesayangannya itu.
Tarikh 12 Zulhijjah 1433 Hijri telah membawa sinar baru
untuk para pencinta Ilmu terutama yang menetap disekitar Sweileh. Syeikh Solah
Al-Khalidi bersetuju untuk meneruskan pengajian Aqidah,Tafsir & Hadis
bersama-sama para pelajar Malaysia.
Jadual Pengajian Bersama Syeikh Solah Untuk Semester Ini.
Diri Syeikh amat teruja bila mendapat khabar yang pelajar
Malaysia di Sweileh bertambah ramai, dan syeikh tambah bersemangat untuk
mendidik dan mencurahkan Ilmunya kepada para pelajar Malaysia.
Arnab dan kura-kura.
“Kamu faham tak apa yang aku ajar ?” soal syeikh selepas
selesai kelas Aqidah Thahawiyyah.
“Alhamdulillah Syeikh, faham”. Sahut kami beramai-ramai.
“ Lepas ni malaslah aku nak mengajar dengan bahasa Fushah(Formal),
aku nak cakap ‘Ammi (pasar), baru semua tak faham”. Dengan nada melawak syeikh
berceloteh.
Rumah bingit seketika dengan ketawa kami di petang sabtu
itu.
---------
Pada permulaan kelas pengajian, pastinya ruang-ruang
kosong terisi penuh oleh para pelajar, namun semua itu tidak berkekalan, dek
kerana terlalu banyak komitmen lain, mereka yang mulanya berlari seperti arnab
ke kelas Syeikh Solah Al-Khalidi telah mula beransur kendur, yang tinggal
hanyalah kura-kura yang merangkak-rangkak walau kefahaman tidak sedalam si
arnab.
Bangga Dengan Tokoh
Perkara ini kadang-kadang tidak disedari berlaku pada
diri para penuntut, diri disibukkan mencari tokoh-tokoh Ulama’ yang terkemuka,
bukan dengan tujuan menuntut Ilmu, tetapi yang dikejar adalah gelaran sebagai
anak murid yang mana suatu masa title anak murid itu boleh dibangga-banggakan.
Sungguh semua itu tiada manfaat, di dunia apatahlagi di
akhirat, bahkan mungkin sahaja niat mengejar Title itu suatu masa boleh menjadi
Hujjah keatas diri bukan menjadi hujjah kepada diri. Yang perlu dikejar adalah
Ilmu dan hikmah yang dimiliki oleh para tokoh ilmuan yang ditemui, bukan
semata-mata mengutip gambar lalu di muat turunkan untuk tatapan rakan.
Walau hanya dengan seorang guru di sekolah rendah, namun
jika ilmunya itu bermanfaat maka itu lebih bermakna untuk didampingi berbanding
mendampingi para ulama dalam masa yang sama wujudnya sifat Riyak, ‘Ujub dan Takabbur.
Semoga Istiqamah dalam Menuntut dan beramal!
Abdul Hakim Othman.
16 Zulhijjah 1433 Hijri
Irbid, Jordan.
No comments:
Post a Comment