Monday 12 November 2012

"Ana Makan Sisa Dalam Tong Sampah".


"Enta dapat biasiswa apa?"

"JPA".

"Cukup tak?"

"Cukup-cukup untuk yuran je".

"Sekarang enta ada duit tak?".

"Takde, tapi ana dah bagi tahu abang ana".

"Herm".

"Akim, ana tak cerita benda ni kat orang lain, tapi ana certa kat enta, tolong  jangan bagitau orang lain".

"Apa?".

"Ada sehari tu, ana betul-betul takde duit, ana paksa tahan lapar".

"Dah tu enta tak makan la?"

"Ana Makan Sisa KFC Dalam Tong Sampah". 

Hati bermonolog

"Rupanya masih ada insan sebegini, bersungguh-sungguh belajar di universiti walaupun tiada duit dalam poket untuk belanja walaupun untuk alas perut".


Tanpa disedari, teman-teman disekeliling tidak selesa dengan kita.

Setiap malam makan di restoren terkemuka.

Hujung minggu  window shopping di shopping complex ternama.

Cuti semester merancangn bercuti di oversea.

Bagi kita, suka, gembira, ceria.

Dalam masa yang sama ada yang terluka sebab kita alpa.

Pedih!


"Jom pergi kedai buku".

"Takpe la, lain masa la".

"Jom la, teman aku je pun".

"Aku ada urusan sikit".

"Takpe la, kalu macam tu".

Rupa-rupanya urusannya mengikat perut dek kesempitan kewangan.

Datang belajar, Ibu Ayah jual tanah.

Saudara-mara sumbang RM 30 - 40.

Belanja harian cukup-cukup untuk tambang bas pergi-balik universiti.

sakit!

Gambar Hiasan.


Ingat!

Dalam kesenangan kita ada keperitan orang lain.

Untuk teman kita, ada hak mereka. tunaikanlah.
 

Bersyukurlah.

Berpadalah dengan apa yang ada.

Bersederhanalah.

Tunaikan hak teman kita.

Jangan sampai ada yang terluka lagi.

Jom prihatin dengan teman.

"Membangun Jiwa Khalifah".

Abdul Hakim Othman.
Sweileh, Jordan.
12/11/2012.

3 comments:

  1. syukran kerana beri kesedaran

    salam ziarah

    alisyamukhlisa9.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afwan..semoga kita terus diberi peluang untuk berbuat kebaikan.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete