"Enta
kena faham, ini semua untuk kepentingan perjuang kita".
"Tapi
ana tak minat untuk ambil syariah, ana nak ambil Bahasa".
***
"Enta
ambil bidang apa?".
"Ana
nak ambil bahasa, tapi abang-abang suruh ambil syari'ah".
"Ambil
je bahasa pun, ikut apa yang kita minat, jangan ikut orang, tak ramai yang minat bahasa".
"Tu
la, ana pun nak tak tahu je, ana tetap nak ambil bahasa".
Begitu
sempit kefahaman sesetengah pihak yang meletakkan bahawa perjuangan itu hanya
dalam skop-skop tertentu.
Hidup dalam keadaan puak-puak mereka,
Hanya
membaca buku yang sealiran perjuangan mereka,
Menyokong
tokoh yang sealiran dengan perjuangan mereka seolah-olah tiada salah pada tokoh
itu,
Mengambil
pendapat yang memenangkan perjuang mereka dan menyimpan yang sebaliknya,
Membantah
puak yang tidak sealiran dengan mereka.
Aduh! Kejinya perjuangan.
Korbankan
pelajaran demi perjuangan.
"Ana
ada exam esok, tak dapat datang program".
"Enta
kena faham, perjuangan ni nak tolong agama Allah, bila kita tolong agama Allah,
Allah tolong kita, ana dulu pun tak study, tapi bila exam ok je".
"Ok,
Insya Allah, esok ana datang".
Jika
perjuangan digenggam itu mampu membantu pelajaran tanpa ada sebarang usaha belajar, Alangkah!
Tanpa menafikan "Nasrun Minallah", begitu kita tidak mampu untuk menafikan Usaha sebelum Tawakkal.
Jika
dikatakan jumud berpegang dengan bentuk kefahaman sedemikian rupa, timbul pula
khatim-khatim "Haluan Kiri", "Lawan Tauke", "Tak Faham
Perjuangan", "Tak Cukup Tarbiyah".
Tapi!
Itulah perkataan
yang paling sesuai.
Jangan
sampai yang dikatakan perjuangan itu tercalit kotoran kerana "Sikap" kita.
"Enta
belajar kat mana sekarang".
"Ana
belajar kat timur tengah".
"Dah
tu kerja kat pejabat tu?"
"Oh,
Ana tangguh jap pengajian ana, Nak tolong perjuangan".
"Dah
takde orang ke nak tolong buat kerja tu?".
"Bukan
senang nak cari orang yang faham perjuangan ni".
Eh!
Susah sangat ke perjuangan yang perlu difahami sehinggakan hanya 2-3 kerat yang
faham.
Cukuplah
sempitkan perjuangan.
Mudahkan
ia.
Gambar Hiasan.
Yang
masih bergelar penuntut, teruslah menuntut kerana itu perjuanganmu.
Pelajar
pengajian islam ada pejuangan dalam bidangmu.
Pelajar
bahasa ada perjuangan dalam bidangmu.
Pelajar
Perubatan, Pergigian, Kejuruteraan, dan lain-lain bidang ada perjuangan dalam
bidangmu.
Bantulah
perjuanganmu, bina kekuatanmu.
Dimana
kita berada, disitulah medan kita.
Jangan
Gopoh.
Jangan
Gelojoh.
Jangan
punahkan masa depan dengan salah memahami istilah "Perjuangan".
"Membangun
Jiwa Khalifah".
Abdul
Hakim Othman.
Sweileh,Jordan.
12/11/2012.
No comments:
Post a Comment