Memberi tanpa harapan untuk dibalas.
Cukup dengan mentaati Allah s.w.t.,
menjejaki Sunnah Rasulullah s.a.w. Dan patuh kedua ibu bapa itu sudah memadai
bagi kedua ibu bapa.
Tanpa menanti segenggam ijazah sarjana
muda, mahupun Ijazah sarjana apatah lagi Ijazah lanjutan.
Bagi kedua ibu bapa, cukuplah dengan
solat 5 waktu dijaga rapi, puasa dipelihara, harta daripada rezeki yang halal
maka cukuplah bagi mereka kriteria anak soleh-solehah.
Mereka tidak menanti sebuah banglo
mewah, kereta sport mahupun speed jet sebagai balas jasa mereka.. Tapi segala
yang mereka curahkan cukuplah sebagai tanda manifestasi kasih dan sayang mereka
kepada anak-anak mereka.
Jika dihitung dari saat mula dalam
kandungan sehinggalah saat ini, betapa besar daya usaha ibu bapa kepada
anak-anak mereka, bukan untuk diminta balas, tapi mereka mahu melihat anak-anak
mereka hidup bahagia didunia dan akhirat.
Mereka sentiasa menjadi sumber inspirasiku.
Berlainan Bulu.
Malu mahu mengaku siapa ibu siapa bapa..
Sungguh kejam seorang anak yang dibesar dengan keringat kedua ibu bapa.. Namun
tiba suatu saat, anak malu mengaku siapa ibunya siapa bapanya. Bukan kerana
hilang rasa kasih dan sayang, tapi kecemburuan harta dan pangkat lebih
diutamakan.
Sungguh hina seorang anak yang
"sampai hati" mengetepikan kedua ibu bapa setelah setiap inci
tubuhnya pernah diusap oleh si ibu selesai saja membersihkan najis anak saat
masih tiada mulut untuk bercakap, tiada mata untuk melihat, tiada tangan untuk
menyapu.
Hari tua kita adalah hari-hari tua ibu
bapa kita.
Mencari harta diusia muda angan-angannya
mahu hidup lenang diusia tua.. Namun angan lupa dicambah dengan kasih sayang..
Mudah sahaja carta hidup insan. Jika ibu bapa kita dijaga diusia tua mereka,
maka itulah gambaran kita diusia tua.
Jika ibu bapa dilayan umpama raja dan
pemaisuri, tua kita kelak mungkin dikurniakan dengan yang lebih hebat.. Tapi
jika ibu bapa kita hari ini dilayan bagai pembantu rumah 'pendatang', mudahlah
dilihat nasib kita dan harta percarian kita diusia tua kelak.
Didik diri kasihi yang tua.
Kagum dengan juhud kedua ibu bapaku, dan
adik-beradiknya.. Seorang ibu yang tidak lagi mampu berjalan, ditinggalkan
suami tercinta yang kembali ke rahmatullah 19 tahun lalu, tetapi urusannya
terjaga rapi lebih dari seorang pemaisuri..
Pantang terlepas makanan yang diidamkan
dari mulutnya, pasti sampai dimuka pintu biliknya.. Ubat-ubatannya tidak
disungut, ada sahaja Doktor yang datang mengadapnya memberi saranan.. Saat
tiada daya menyusur ke bilik air untuk solat, penuhlah rumah dengan anak-anak
dan cucu cicitnya saling penuh membantu mengangkat dan mengusungnya.
Saat katil pesakit lain kosong daripada
kunjungan tetamu, katil si ibu tua itu bagai sebuah rumah tamu kehormat, ada
sahaja yang datang menziarah, bukan teman-teman sebayanya, tapi teman dan
kenalan anak-anaknya.
Sungguh mulia hati anak dan menantu ibu
tua itu.sehingga hari ini, ibu tua itu tetap memuji-muji anak dan menantunya
yang tidak jemu menjaganya.
Keberkatan kedua ibu bapa.
Tanpa perlu menanti mulut mereka
merungut kerana sekali-kali ibu bapa tidak akan merungut, maka curahkan segala
kasih sayang sepenuh hati kepada mereka, kurniakan kepada mereka 'syurga' yang
indah didunia akan mereka mampu berehat dan bersiap sepenuhnya untuk sama-sama
berkumpul dengan anak menantu mereka didalam syurga yang hakiki.
" Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua
ibu bapaku samaada dosa yang telah lalu mahupun yang akan datang, samaada yang
diketahui mahupun yang tersembunyi, samaada yang disengajakan mahupun
sebaliknya.. Kurniakan kepada kedua ibu bapaku anak-anak, menantu-menantu,
cucu, cicit yang sentiasa terbuka hati dan tangan mereka untuk membantu ibu
bapanya, ibu dan bapa mentuanya serta nenek dan atuknya".
Membangun Jiwa Khalifah.
07022013
Abdul Hakim Othman.
Perpustakaan, University Jordan.
11.12 a.m.
No comments:
Post a Comment