Catatan santai.
2 hari sebelum menyambut Ramadhan pertama bersama Isteri, bermalam di Hospital menemankan Isteri yang mengalamai komplikasi pada kesihatannya. Sedih, Takut, Bimbang, Resah semuanya menyelubungi diri. Yang ada, gantungkan harapan kepada Allah s.w.t. semoga Isteri dan Kandungan baik-baik sahaja. Banyak yang termuhasabah.
Tengah hari sehari sebelum menyambut Ramadhan al-Mubarak, sekali lagi berkejar ke Hospital atas nasihat Doktor.. Sekali lagi hati kecil resah, takut, bimbang menyelubungi... Alhamdulillah, segalanya baik, Isteri keluar daripada Bilik pemeriksaan dengan wajah tenang.. Bersyukur dengan kurniaan Allah, Isteri dan Teman-teman yang ringan tangan menghulurkan bantuan dan kata-kata semangat.
Malam 29 Sya'ban 1435 Hijrah.
Pada asalnya hanya pemeriksaan biasa yang dijalankan oleh Bidan, tetapi dek kerana kurang berpuas hati dengan pemeriksaan yang dijalankan, Isteri terpaksa ditahan sehari di Hospital Islami, Irbid untuk pemeriksaan lanjut...
"Saya** nak balik.."
"Insya Allah, berdoa la banyak-banyak.. sekarang ni, kita kena fikirkan untuk selamatkan saya** dan Baby.."
Bertemankan sehelai sejadah dan sebiji bantal, cuba lelapkan mata di atas lantai sebelah katil pesakit.. Jiwa kurang selesa untuk terus rehatkan badan. Otak terus berpusing memikirkan hal hari esok dan hari-hari mendatang..
Salahkah keputusan aku selama ini..
"Betul ke nak bertunang?!... nanti susah juga, kalau sakit ke? apa ke?.. bukan kita boleh bantu lebih pun.." Mama membuka bicara ketika melipat kain bersama di malam Ramadhan 1434.
"Kenapa Ma, nak suruh kahwin terus ke?." Cuba memahami kata-kata Mama.
"Kalau dah betul-betul, kahwin la terus." Mama memberi jawapan.
Lama berfikir, Alhamdulillah, Allah membuka jalan, memberikan kelapangan dada.. Keputusan di buat.. 30 Ogos 2013 sebagai tarikhnya..
"Nanti Aisyah dengan Muslim terus la sambung belajar.. Abah dengan Mama suruh kahwin awal ni sebab tu la.." Abah menasihatkan kami semasa dalam kereta ketika dalam perjalan pulang ke Jordan selepas 2 hari selesai sah sebagai Suami Isteri.
"Insya Allah.." Jawapan ringkas di dalam hati.
Salahkan kahwin ketika masih menuntut Ilmu.
No comments:
Post a Comment