Nasi
Bahan A
1½ ekor ayam besar.(potong 4)
45 gm rempah kari adabi. (untuk rebus ayam)
3 inci halia diketuk.
8 cawan air.
1½ sudu makan garam.
Cengkih, kulit manis dan buah pelaga.
Bahan B
1 kg beras
basmati.(dibersih)
½ kg bunga kobis. (potong agak
besar)
½ kg ubi kentang.(belah 2)
2-3 biji terung bulat.(kecil)(belah empat)
5 labu bawang besar.(potong kuib)
5 ulas bawang putih.( dihiris
nipis)
2 bungkus rempah kari daging peladang.
3 sudu gula.
1 sudu besar serbuk lada hitam.
1 sudu
kecil serbuk kunyit/ safron.
Gambar Hiasan.
Cara :
- Campurkan semua bahan A ke dalam periuk –
direbus hingga ayam separuh masak.
- Dengan minyak yang agak banyak, goreng
satu persatu bunga kobis, ubi kentang, terung, bawang besar dan bawang
putih hingga sedikit layu. (Bahan B)
- Keluarkan sebahagian minyak , goreng
beras hingga beras tidak melekat.
- Dalam periuk rebusan ayam yang telah
separuh masak,- keluarkan rempah kasar dan halia.
- Masukkan ubi kentang, terung, bunga
kobis, bawang,lada hitam kunyit, beras dan rempah kari. Gula, lada hitam
dan kunyit.
- Bila masak terbalikkan periuk untuk dihidang. (kerana ayam dan sayur di bahagian bawah periuk)
Gambar Hiasan.
ACAR
2 batang timun.
1 batang carrot.
1 biji sengkuang kecil.
2 biji buah tomato yang agak keras/hijau.
1 labu bawang besar.
2 biji lada merah.
Cara :
1. Semua bahan dipotong kiub kecil.
2. Digaul bersama perahan limau kasturi, garam,
gula dan cuka jika perlu.
Gambar Hiasan.
Selamat Mencuba!
Kg Binjai Berambu.
18 Ogos 2013.


