Perjalanan
Kehidupan Syeikh Al-'Allamah Abdul Fattah Abu Ghuddah terlalu panjang dan
luas,oleh itu,Saya akan cuba untuk menceritakan secara ringkas dan padat
tentang peribadi Syeikh Al-'Allamah,Syeikh Abdul Fattah bin Muhammad Bashir bin
Hassan Abu Ghuddah,beliau dilahirkan di bandar Halab,utara Syiria pada bulan
Rejab Tahun (1337 Hijrah=1917 Masihi).
Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah Rahimahumullah
Ayah beliau
bekerja sebagai pedagang tekstil,Muhammad yang merupakan ayah kepada Syeikh
Abdul Fattah adalah seorang lelaki yang cintakan Ilmu,bersungguh-sungguh dalam
menghadiri majlis-majlis Ilmu,seorang yang sentiasa melazimi masjid,terkenal
dengan sifat ketaqwaan,kesolehahan dan sentiasa membasihi lidah dengan zikir
dan bacaan al-quran.pekerjaan yang dilakukan oleh muhammad adalah merupakan
pekerjaan warisan ayahnya iaitu Bashir(Datuk kepada Syeikh Abdul Fattah),Bashir
adalah salah seorang pedagang tekstik yang terkenal dengan penghasilan tekstil
dengan kaedah tradisional.
Nasab
keturunan Syeikh Abdul Fattah Rahimahullah sampai kepada sahabat yang mulia
Khalid Bin Al-Walid Rodhiayallahu'anhu,dan salasilah keluarga beliau masih
terjaga dengan baik,Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah Rahimahullah membesar
dalam keadaan yang baik.
Ketika umur
beliau sampai kepada Lapan (8) tahun,ayah beliau memasukkan Syeikh Abu Ghuddah
Rahimahullah ke Sekolah Al-'Arabiyyah Al-Islamiyyah,setelah tamat pengajian di
Sekolah tersebut beliau berpindah ke Sekolah Al-Khasriyyah Al-Uthmaniyyah yang
telah dibina oleh Khasru Basha.hari ini sekolah tersebut dikenali sebagai
Sekolah Thanawiyyah Al-Syariyyah,beliau tamat pengajian daripada sekolah
tersebut pada tahun 1942.
Syeikh
Abdul Fattah Rahimahullah mendapat pendidikan di Sekolah Al-Khasriyyah
Al-Uthmaniyyah daripada para ulama Halab yang terkemuka seperti Syeikh Raghib
At-Tobhag penulis buku (I'lam Al-Nubala' Bi Akhbar Halab As-Syubaha' )
dan Syeikh Mustafa Az-Zarqa,salah seorang ulama Fiqh yang masyhur dan Al-Bayanuni
dan lain-lain lagi.
Tidak cukup
dengan pengajian formal,Syeikh Abu Ghuddah meneruskan kembara ilmunya yang panjang
di ibu negara Ma'iz,beliau telah mendapat pendidikan daripada seorang ahli
Hadith daripada maghribi iaitu Abdullah As-Sodiq Al-Ghamari,Syeikh Abdul Fattah
rahimahullah telah berpindah daripada Maghribi dan memilih Kaherah (Mesir)
sebagai tempat beliau menetap,dengan penghijrahan itu telah membolehkan beliau
mendalami Ilmu Hadith dan Ulum Hadith disebabkan persekitarannya yang
sememangnya dikelilingi oleh ahli hadith sebagai contoh Syeikh Mustafa Sobri
dan Para Ulama' Islam yang lain dalam kerajaan Uthmaniyyah.
Syeikh
Abdul Fattah Abu Ghuddah rahimahullah juga berkesempatan berada dibawah
didikan Syeikh Muhammad Zahid
Al-Kauthari,Syeikh Al-Kauthari berpindah daripada Turki dan menetap di Kaherah
selepas kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah,Syeikh Abu Ghuddah Rahimahullah sentiasa
melazimi Syeikh Al-Kauthari dan beliau mendapat pendidikan daripada Syeikh Al-Kauthari
selama Enam (6) tahun,Syeikh Abu Ghuddah banyak memperolehi faedah daripada
guru ini.pada masa yang sama,Syeikh Abu Ghuddah turut menghadiri majlis-majlis
Ulama' masyhur yang mengajar di Universiti Kaherah sebagai contoh Syeikh Abdul
Wahab Khalaf dan Syeikh Muhammad Abu Zuhrah.
***
Ketika di
Kaherah,Syeikh Abu Ghuddah telah mula menyertai Jamaah Ikhwanul Muslimin dan
bertemu dengan Imam Hasan Al-Banna,Syeikh Abu Ghuddah amat terpengaruh dengan
pemikiran Imam Hasan Al-Banna dan banyak mengikut jejak langkah Imam Hasan
Al-Banna,Syeikh Abu Ghuddah telah muncul sebagai seorang pendakwah Islam yang
masyhur.
***
Setelah
tamat pengajian di Kuliyah Syari'ah dan mendapat kelulusan yang cemerlang pada
tahun 1368 Hijrah = 1948 Masihi,Syeikh Abu Ghuddah Rahimahullah menyambung
pelajarannya dalam bidang Pendidikan di Kuliah Bahasa Arab dan tamat selepas
Dua (2) tahun kemudian beliau pulang ke negara asalnya.
Syeikh Abu
Ghuddah Rahimahullah telah terpilih sebagai ahli Dewan Rakyat Syiria pada tahun
1382 Hijrah=1962 Masihi,beliau adalah tokoh yang terkehadapan dalam menegakkan
kebebasan bersuara didalam Dewan Rakyat,bukan sekadar itu,sosok tubuh 'Ulama
inilah yang bersungguh-sungguh bersuara
agar Syariat Islam ditegakkan,ketikamana ulama-ulama lain mendiamkan diri dalam
perkara ini,beliau terus bersuara dan tenang dalam menghadapi situasi ini.
Syeikh Abu
Fattah Rahimahullah pernah meringkuk didalam penjara ada tahun 1966 bersama 1/3
Ulama' Syiria yang lain,beliau "berehat" didalam penjara padang pasir
selama 11 tahun,selepas peristiwa 5 Jun 1967,kerajaan terpaksa membebaskan
tahanan-tahanan politik dan salah seorang daripada mereka adalah Syeikh Abdul
Fattah Abu Ghuddah Rahimahullah.
***
Syeikh Abu
Fattah Rahimahullah pernah terfikir untuk mengikut jejak langkah para ulama'
terdahulu dalam kembara menuntut ilmu Hadis dan bertemu dengan para Ulama dalam
bidang Hadis serta mengambil sanad daripada mereka,dan meriwayatkan daripada
mereka.maka,Syeikh Abu Fattah Rahimahullah mengembara ke India pada tahun 1382
Hijrah = 1962 Masihi.
Di India,Syeikh
Abu Ghudah Rahimahullah bertemu dengan ramai para Muhaddith yang masyhur serta
para Ulama',sebagai contoh Al-Mufti 'Atiqurrahman,Ulama besar Delhi,dan Abu
Al-Wafaa Al-Afghani,Ketua Daairah Al-Ma'arif Al-Nu'maniyyah.Di sana,Syeikh Abu
Ghuddah dapat menemui Manuskrip -manuskrip bertulisan arab,dan beliau memilih
untuk menerbitkan Ilmu-ilmu moden yang
terdapat di India yang mana masih tidak diketahui oleh dunia arab pada masa
itu,antara yang memberikan kata-kata pengantar dalam penerbitan Syeikh Abu Ghuddah
Rahimahullah adalah:Muhammad Abdul Al-Hayyu Al-Kanumi dan Muhammad Anwar
Al-Kashmiri.
Pada
permulaan,3 penulisan yang diterbitkan hasil tulisan Syeikh Abu Ghuddah Rahimahullah,antaranya:
1)"Ar-Raf'u wa Al-Takmil Fi Al-Jarhi Wa Ta'dil" 2) "Wal Ajubah
Al-Fadhilah Li As-Ilah Al-'Asyrah Al-Kaamilah Fi Ulumul Hadith,Wa Iqamatul
Al-Hujjah 'Ala 'An Al-Ikthar Fi Al-Ta'abbud Laisa Bi Bid'ah" dan 3) "At-Tasrih
Bima Tawatir Fi Nuzuli Al-Masih".
Dekad Ke-9,pada
abad ke-20,Syeikh Abu Ghuddah Rahimahulah telah dilantik sebagai Muraqib 'Am
Ikhwanul Muslimin,Syiria.Ketika itu keadaan terlalu kritikal,dimana
penjara-penjara dipenuhi dengan beribu-ribu tahanan dari kalangan ahli Jama'ah
Ikhwanul Muslimin mereka sentiasa diseksa,di ancam dan dianiaya bukan sekadar
itu,beribu-ribu wanita turut menerima nasib yang sama.
Keadaan
yang berlaku amat menyukarkan Syeikh Abu Fattah Rahimahullah,lebih
malang,bilamana kerajaan Syiria mengancam gerakan Jama'ah Ikhwanul Muslimin dan
berjaya melumpuhkan pergerakan Jema'ah Ikhwanul Muslimin,dalam keadaan sebegini,Syeikh
Abu Ghuddah Rahimahullah berpesan:"Dakwah Ikhwanul Muslimin adalah
Tanggungjawab tiada didalamnya mahkota kebesaran..tiada didalamnya
kekayaan,sesungguhnya ia adalah kesusahan dan keletihan.."
Pemergian
seorang pejuang bukanlah suatu kegembiraan,tetapi ia suatu kesedihan yang akan
terus ditangisi,Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah telah pergi menemui allah s.w.t.
pada pagi hari Ahad,9 Syawal 1417 Hijrah
bersamaan 16 Februari 1997 Masihi di Riyadh,ketika itu umur Syeikh Abu Ghuddah rahimahulah berusia 80 Tahun.semoga allah
merahmati dan meredhai Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah Rahimahullah.
No comments:
Post a Comment