Pilihan Raya Umum Ke-13. Penentu!
Tinggalkan sebentar fakta Pilihan Raya yang tercatat dalam Perlembagaan Perseketuan itu.. Ada fokus yang lebih utama untuk sama-sama diteliti. Isu Kegawatan Ekonomi, Isu Rasuah, Isu Penyelewengan Pentadbiran, Isu I.S.A., Isu PTPTN, Isu Hutang Negara dan sebagainya.
Kenapa PRU - 13 menjadi penentu?
Tentu sekali jawapannya mudah "Kerana PRU 13 peluang untuk menukar Pemegang amanah pentadbiran negara"..
Jika pentadbiran "Parti" yang memegang Tampuk pemerintahan negara sejak Kemerdekaan sehingga hari ini yang memakan tahun lebih 56 tahun telah dipenuhi dengan Nanah kronisme, Barah Rasuah, Kanser Penyelewangan dan pelbagai lagi penyakit barah yang membawa parah kepada keharmonian pentadbiran negara, makanya PRU 13 menjadi penentu sama ada penyakit-penyakit barah ini patut terus dikandung oleh kerajaan ataupun lebih baik semua penyakit ini dibuang dengan pembedahan semasa proses pemilihan Pemegang amanah Rakyat dan Kerajaan.
PRU 13 akan menjadi titik penentuan kepada kepada kebangkitan rakyat "Makhal Sakhti" yang telah dimulakan sejak 2008 (PRU 12). Jika Rakyat berjaya mengubah "Pemegang amanah Rakyat dan Kerajaan" pada PRU 13, makanya suatu tsunami perubahan dalam pentadbiran negara akan dapat dilihat dengan muka-muka baru dalam kabinet kerajaan Malaysia.
Namun jika rakyat masih "Disekat" daripada menukar dan mengubah pemegang tampuk Barisan kerajaan yang sedia ada, makanya nanah dan barah yang dikandung oleh kerajaan yang sedia ada pada hari ini akan terus dikandung selepas PRU 13 dan lebih parah bila cagu yang mencengkam pentadbiran pada hari yang cuba ditutupi akan meletup selepas PRU 13.
Apa yang diperlukan, rakyat Malaysia perlu bersatu hati, berpadu tenaga, berhemat dalam menukar Barisan kerajaan yang sedia ada untuk kecerahan masa hadapan negara dan generasi selepas kita.. Tidak cukup sekadar mengenang janji-janji kosong dan lapuk.
Berikan harapan baru kepada Malaysia baru, tegakkan keadilan bersama-sama pentadbiran baru demi kebajikan seluruhnya.
Jom Turun!
Daripada Bersih Kepada HKR KL112#1313.
Bersih yang dilancarkan oleh gabungan beberapa NGO bagi menuntut Sistem Pilihan Raya yang adil hari ini telah mencatat sejarah baru dalam lipatan sejarah politik negara bilamana berjaya mengadakan Himpunan Aman secara bersiri. Tanpa mengeluarkan Modal walaupun satu sen, atau menjanjikan kebendaan kepada para peserta Himupunan.. Bersih dijadi satu medan oleh rakyat yang ditindas mengemukakan isi hati mereka kepada seluruh negara bahkan dunia.
Ibu tua yang datang sebatang kara, memakai baju kuning, membawa bunga sambil melaungkan bersih-bersih-Pilihan Raya.. Bukan ada yang menyogoknya dengan wang mahupun pangkat, tapi semua itu datang dari isi hati rakyat yang mahukan perubahan pentadbiran kerajaan.
Bagaimana pula halnya dengan satu keluarga yang membawa anak-anak kecil untuk sama-sama berhimpun, bukan tiada belas kasihan terhadap anak bila disembur dengan pemedih mata, bukannya si ayah tidak mengerti peritnya bom asap yang mengengat mata.. tapi semuanya itu tabah diharungi bersama untuk kebebasan bersuara dan keadilan sejahtera.
Walaupun 8 Tuntutan NGO Bersih belum lagi dilaksanakan oleh pihak yang bertanggungjawab oleh kerana keangkuhan penguasa yang tergila-gilakan takhta sehingga lupa rakyat mempunyai kuasa yang lebih besar berbanding mereka.
Timbul pula 9 Tuntutan daripada Gabungan NGO yang lebih besar jaringannya, Bukan kerana inginkan gelaran raja jalan raya, akan tetapi yang diimpikan oleh Rakyat adalah keamanan dan keharmonian sistem pentadbiran negara.
9 Tuntutan HKR KL 112.
Bangkitlah Rakyat untuk kemaslahatan rakyat.. Jangan gentar dengan ancaman mahupun ugutan, ingat anak-cucu generasi masa hadapan. Jom Turun!
Mahasiswa & PRU.
PRU 13 akan menyaksikan perebutan sengit antara parti-parti yang bertanding untuk menawan hati para Mahasiswa. Sudah terang lagi bersuluh, semua telah mengetahui bahawa mahasisiwa adalah aset dan kuasa ketiga dalam menentukan kedudukan mana-mana parti bagi memegang Amanah Rakyat dalam mentadbir Kerajaan.
Hari ini, Pimpinan-pimpinan mahasiswa telah bersepakat untuk melakukan perubahan besar dalam PRU 13. Tapi persoalannya sejauhmana perubahan yang berani dibawa oleh Mahasiswa, adakah sekadar menyokong pakatan yang menjanjikan perubahan ketika PRU 13, lalu diam kaku untuk bangkit sebagai agen "semak-imbang" selepas kemenangan?
Tidak dinafikan untuk PRU 13 ini mahasiswa perlu bersatu hati mengubah lanskap Politik negara, mengubah gaya pentadibiran negara dan pemegang amanahnya. bahkan mahasiswa yang belum lagi sedar perkara ini perlu diberikan pendedahan.. Tidak cukup hanya hidup dalam Teori "Tarbiyah", "Ukhwah" & "Osem" semata-mata. Mahasiswa perlu hidup dalam denyut nadi masyarakat, susah rakyat adalah kesusahan yang besar kepada mahasiswa, kesenangan masyarakat adalah kebahagian untuk mahasiswa.
Mahasiswa & Pasca PRU 13.
Mahasiswa hari ini perlu berani bangkit membawa perubahan untuk PRU 13 dan berani membawa perubahan untuk Pasca PRU 13. Jika sebelum PRU 13 mahasiswa berani menegur pemegang amanah kerajaan malaysia dengan turun di jalanan, begitulah juga dengan Pasca PRU 13.
Jadilah mahasiswa yang benar-benar menghayati teori "Semak-Imbang" untuk pemerintahan sesebuah kerajaan..
PRU 13. Harapan baru untuk Malaysia .
Membangun Jiwa Khalifah.
Abdul Hakim Othman.
Sweileh, Amman.
HKR KL112#1313.
10/01/2013
No comments:
Post a Comment