Wednesday, 14 May 2014

MERS - COV: Antara Langkah berjaga-jaga yang perlu diambil.

1. Definisi MERS COV

Middle East Respiratory Syndrome Coronovirus

Kes pertama dikenal pasti pada tahun 2012.

2. Bagaimana MERS - COV berjangkit?
(i) Binatang (mamalia) kepada manusia. (seperti: Unta) (merujuk kes yang berlaku di Jeddah)
- Oleh itu elakkan melawat ladang unta ketika melakukan umrah
(ii) Person-to-person transmission: close contact.
- Penyebaran virus antara manusia adalah dengan sentuhan.

Gambar Hiasan.
3. Langkah berjaga-jaga 
(i) Elakkan bersentuhan (seperti: bersalaman) dengan orang yang memiliki simptom-simptom berikut
Apakah simptom-simptom yang mungkin seseorang itu dijangkiti mers-cov?
- Batuk - Selsema - Sesak nafas (shortness of breath) - Pening-pening (atau rasa tidak selesa) - Sakit dada (chest pain) - Demam - Cirit-birit (dalam beberapa kes) - Kegagalan buah pinggang (kidney failure) (*symptom ini membezakan dengan SARS)
(ii) Menjaga kebersihan tangan. 
- Kerap membasuh tangan dengan cara yang betul seperti selepas batuk. - Mengalakkan penggunaan sanitizer 
(iii) Elakkan makan makanan yang tidak dibasuh/ terdedah seperti buah dan sayur sayuran.
(iv) Elakkan makan daging yang tidak dimasak atau separuh masak
(v) Pastikan minum minuman yang disterilkan (sterilized)
Perhatian:
Sekiranya kita mengalami simptom seperti batuk, demam, atau selsema ketika menunaikan umrah atau berada di negara timur tengah, dinasihatka untuk memakai topeng muka dan elakkan daripada bersentuhan dengan orang sekeliling. Pastikan kita mengamalkan cara bersin yang betul iaitu menggunakan kain atau tisu.
Credit to;
Nor Arifah binti Japar. Tahun 3, Jordan University Science & Technology. Timbalan Setiausaha Agung MPMMJ.

No comments:

Post a Comment