Catatan santai.
2 hari sebelum menyambut Ramadhan pertama bersama Isteri, bermalam di Hospital menemankan Isteri yang mengalamai komplikasi pada kesihatannya. Sedih, Takut, Bimbang, Resah semuanya menyelubungi diri. Yang ada, gantungkan harapan kepada Allah s.w.t. semoga Isteri dan Kandungan baik-baik sahaja. Banyak yang termuhasabah.
Tengah hari sehari sebelum menyambut Ramadhan al-Mubarak, sekali lagi berkejar ke Hospital atas nasihat Doktor.. Sekali lagi hati kecil resah, takut, bimbang menyelubungi... Alhamdulillah, segalanya baik, Isteri keluar daripada Bilik pemeriksaan dengan wajah tenang.. Bersyukur dengan kurniaan Allah, Isteri dan Teman-teman yang ringan tangan menghulurkan bantuan dan kata-kata semangat.
Malam 29 Sya'ban 1435 Hijrah.
Pada asalnya hanya pemeriksaan biasa yang dijalankan oleh Bidan, tetapi dek kerana kurang berpuas hati dengan pemeriksaan yang dijalankan, Isteri terpaksa ditahan sehari di Hospital Islami, Irbid untuk pemeriksaan lanjut...
"Saya** nak balik.."
"Insya Allah, berdoa la banyak-banyak.. sekarang ni, kita kena fikirkan untuk selamatkan saya** dan Baby.."
Bertemankan sehelai sejadah dan sebiji bantal, cuba lelapkan mata di atas lantai sebelah katil pesakit.. Jiwa kurang selesa untuk terus rehatkan badan. Otak terus berpusing memikirkan hal hari esok dan hari-hari mendatang..
Salahkah keputusan aku selama ini..
"Betul ke nak bertunang?!... nanti susah juga, kalau sakit ke? apa ke?.. bukan kita boleh bantu lebih pun.." Mama membuka bicara ketika melipat kain bersama di malam Ramadhan 1434.
"Kenapa Ma, nak suruh kahwin terus ke?." Cuba memahami kata-kata Mama.
"Kalau dah betul-betul, kahwin la terus." Mama memberi jawapan.
Lama berfikir, Alhamdulillah, Allah membuka jalan, memberikan kelapangan dada.. Keputusan di buat.. 30 Ogos 2013 sebagai tarikhnya..
"Nanti Aisyah dengan Muslim terus la sambung belajar.. Abah dengan Mama suruh kahwin awal ni sebab tu la.." Abah menasihatkan kami semasa dalam kereta ketika dalam perjalan pulang ke Jordan selepas 2 hari selesai sah sebagai Suami Isteri.
"Insya Allah.." Jawapan ringkas di dalam hati.
Salahkan kahwin ketika masih menuntut Ilmu.
Thursday, 26 November 2015
Wednesday, 28 May 2014
||Penuntut Pengajian Islam; Dunia perlukan Faqeeh, bukan semata-mata Faseeh||
Muhasabah sebagai penuntut ilmu dalam pengajian bidang agama, diberi kesempatan menelaah kitab kecil yang penuh manfaat yang dikarang oleh Fadhilatul Ustaz Dr. Muhammad Uthman Syibir. |Takwin Malakah al-Fiqhiyyah| )Membina Kepakaran dalam Feqah).
Secara ringkasnya, buku ini mendedahkan kepada para penuntut ilmu terutama penuntut dalam bidang Fiqh dan Usul (Syari'ah) bagaimana proses pembinaan kepakaran dan pengusaan seorang penuntut ilmu kepada bidang Fiqh. Penulis mendedahkan apa kepentingan dan keperluan sebenar bagi seorang penuntut untuk menguasai kepakaran dalam bidang fiqh.
Membina Kepakaran dalam bidang Fiqh (Ringkasan buku)
1) Antara yang ditekankan adalah keperluan dunia semasa kepada pakar-pakar fiqh untuk membimbing masyarakat dan negara. Antara yang dinyatakan adalah peripenting pakar-pakar fiqh dalam membimbing bidang Perubatan (Sebagai Contoh: proses persenyawaan luar rahim, Ibu tumpangan), Politik (Contoh; Hubungan diplomatik antara negara), Ekonomi dan Sosial.
2) Penulis meletakkan beberapa item utama yang menjadi pemangkin utama dalam membina kepakaran ini, yang pertama dari sudut peribadi penuntut ilmu itu sendiri dalam Persediaan menuntut ilmu. Yang kedua adalah dari sudut pembinaan rohani penuntut ilmu, bagaimana hubungan penuntut ilmu dan Allah s.w.t. itu perlu dipelihara, amalan fardhu menjadi keutamaan dan amalan sunat sebagai teman setia dalam kehidupan serta sentiasa berusaha menjauhi maksiat dan yang terakhir adalah persediaan dari sudut akal, ketiga-tiga item ini adalah menjadi perkara utama sebelum seorang penuntut ilmu berjalan dalam mendalami ilmu.
3) Seterusnya, penulis membahaskan beberapa disiplin ilmu yang perlu dikuasai oleh seorang penuntut ilmu yang berusaha menjadi seorang pakar dalam bidang fiqh. Ilmu tunjang yang perlu dikuasai oleh seorang penuntut ilmu yang berusaha menjadi seorang pakar fiqh adalah Ilmu tentang Al-Quran itu sendiri, samaada dari sudut Tafsir ayat-ayat hukum, bahasa dan balaghah. Disiplin seterusnya adalah Ilmu Hadith, mendalami perkara-perkara yang menjadi Ijma' para ulama', Usul Fiqh, Bahasa Arab, Maqasid Syari'ah, Cabang-cabang ilmu Fiqh (berlaku khilaf dalam kalangan Ulama), Qawaid Fiqhiyyah dan Ilmu Moden (Contoh:Ilmu perkomputeran, Bahasa inggeris dan Perlembagaan serta kemasyarakatan).
4) Penulis juga memberikan penekanan kepada Kaedah menuntut Ilmu dengan bertalaqqi bersama para guru. Penulis juga membawa beberapa pendapat Ulama' yang mengkritik para penuntut Ilmu yang belajar tanpa merujuk kepada guru dan bergantung semata-mata kepada buku. Antara perkara utama kenapa para penuntut ilmu digesa untuk menuntut Ilmu secara berguru adalah untuk mempelajari adab-adab dengan ilmu, melatih sifat sabar dan lemah lembut, tawadu', bersahabt dengan guru, berani berkata benar dan mendapat nasihat daripada para guru.
5) Yang terakhir, Penulis memberi peringatan kepada para penuntut ilmu untuk berhati-hati dan berjaga-jaga daripada sifat-sifat yang bisa membinasakan amalan para penuntut ilmu, antaranya Takabbur, 'Ujub, Hasad, Berasa cukup dengan apa yang dimiliki dan merendah-rendahkan orang lain.
Secara kesimpulannya, Penuntut Ilmu terutama penuntut dalam bidang pengajian Islam adalah dituntut untuk mencapai tahap pencapai yang tertinggi iaitu memiliki kepakaran dalam mengeluarkan hukum-hakam daripada Al-Quran dan sunnah, meng'Istinbat hukum-hakam dalam ruang kontemporeri. Bukan semata-mata menghafal fiqh-fiqh yang telah ditinggalkan okeh para ulama terdahulu. Wallahu'alam.
Manfaat waktu menuntut Ilmu.
Menjadi satu kerugian bagi kita yang diberi ruang untuk menuntut Ilmu tetapi disia-siakan dengan perkara yang tidak berfaedah dan langsung tidak membawa manfaat kepada proses menuntut Ilmu. Kita dilalaikan dengan hal-hal lain sehingga lupa untuk membahagikan masa untuk bertalaqqi dengan guru-guru yang Thiqah dan Mursyid. Kita disibukkan dengan hal-hal lain sehingga lupa untuk menyusun jadual bagi menelaah buku-buku diluar dewan kuliah.
Tanpa menafikan keperluan penuntut ilmu dalam menyertai aktiviti luar dewan kuliah seperti aktiviti berpesatuan, kemanusiaan dan kebajikan. Akan tetapi semua itu bukan menjadi halangan kepada para penuntut Ilmu untuk menguasai Ilmu dalam bidang masing-masing.
Penyertaan penuntut Ilmu(mahasiswa) dalam bidang politik pada hari tidak mampu dihalang lagi, pelbagai diskusi yang dijalankan, setiap disiplin ilmu hendak dibicarakan sehingga kadang-kadang kita terlupa untuk menguasai ilmu yang asas. Perkara ini tidak patut dipertikaikan, namun ianya memerlukan sedikit penambahbaikan bagi memantapkan lagi pengusaan kita sebagai penuntut Ilmu dengan bidang kita dan pengetahuan Umum.
"Tuntutlah Ilmu sebelum kamu (disibukkan dengan) dilantik menjadi pemimpin."
Yang kecil dan yang besar.
Istilah mengislahkan masyarakat sudah tidak asing lagi dengan diri penuntut ilmu (mahasiswa), isu-isu politik, kenegaraan dan sosial kemasyarakatan adalah menjadi tajuk utama perbualan penuntut ilmu. Akan tetapi, perbualan ini mungkin satu perkara yang kecil di antara perkara-perkara yang kecil.
Perubahan yang kita perlukan adalah perubahan dalam kerangka yang lebih besar, bukan hanya berlaku dalam kelompok yang kecil tetapi memberi kesan kepada kelompok yang lebih luas. Dan semua ini memerlukan bekalan Ilmu yang kuat dan mantap.
Sahabat yang dikagumi.
Secara peribadi, saya merakamkan pujian kepada seorang sahabat yang mana pada hari ini mula dikenali oleh masyarakat, minat beliau dalam disiplin Ilmu maqasid Syari'ah adalah suatu yang menakjubkan, minatnya itu membuahkan kegigihan untuk beliau bermusafir mencari guru-guru bagi mendalami disiplin Ilmu yang beliau tekuni. Beliau bukan semata-mata memiliki minat bahkan kesungguhan juga adalah suatu yang tidak asing baginya. Bukan semata-mata bergantung kepada rujukan-rujukan terjemahan bahasa melayu untuk mendalami Ilmu, akan tetapi buku-buku dalam bahasa arab dan Inggeris menjadi sahabat karib beliau dalam menuntut Ilmu.
Sikap sebeginilah yang mesti dicontohi oleh penuntut ilmu terutama yang mendalami bidang pengajian Islam. Kita bukan semata-mata meletakkan pencapaian kita untuk mendapat segulung ijazah semata-mata, akan tetapi yang lebih utama, kita berusaha mendalami Ilmu untuk menjadi pakar yang mengusai Ilmu dan menjadi tempat rujuk masyarakat.
Semoga Kita diberikan kekuatan dan kesungguhan oleh Allah s.w.t, dalam menuntut Ilmu dan menjadi golongan yang benar-benar mahir dan pakar dalam bidang yang kita dalami.
Wallahu'alam.
Abdul Hakim Othman.
Irbid, Jordan.
28 Mei 2014.

Takwin Malakah al-Fiqhiyyah: Dr Muhammad Uthman Syibir h.zh.

Sunday, 18 May 2014
Kedudukan Hadith Nabawiyyah sebagai Hujah dalam Perubatan ||Bedah Buku||
1. Hadith Rasulullah s.a.w. adalah merupakan hujah utama di dalam syariat Islam selepas al-Quran. Ini jelas dalam hadith-hadith yang berkaitan Aqidah, Hukum halal dan haram serta perkara yang berkaitan ibadah dan muamalat.
2. Ulama berbeza pendapat dalam menyatakan adakah hadith-hadith Nabi s.a.w. yang menyebut tentang perkara berkaitan urusan keduniaan dijadikan hujjah dalam syariah atau sebaliknya?
2.1 Pendapat pertama: Setiap hadith Nabi s.a.w. samaada Perbuatan, Perkataan mahupun Iqrar daripada Rasulullah s.a.w. dalam urusan dunia adalah merupakan hujjah di dalam syariat ini kerana Nabi s.a.w. adalah merupakan seorang yang maksum. Pendapat ini disokong oleh Ibn Subki, Al-Mahalli dan Al-Bunani.
2.2 Pendapat kedua: Hadith-hadith yang menyebut perkara berkaitan urusan dunia tidak dijadikan hujjah di dalam syariat kerana hadith-hadith ini berdasarkan kepada pengamatan dan pengalaman Nabi s.a.w. sebagai seorang manusia. Pendapat ini disokong oleh Syeikh Waliyullah ad-Dahlawi, Syeikh Abu Zuhrah dan Syeikh Abdul Wahab Khallaf.
2.3 Pendapat terpilih: Dr Muhammad Sulaiman al-Asyqar telah memilih (Merajihkan) pendapat kedua bersandarkan kepada hadith kacukan debungan kurma, hadith Hubab bin Munzir ketika peperangan badar dan beberapa hadith lain. Wallahu'alam.
3. Urusan keduniaan yang dimaksudkan adalah urusan yang berkait dengan kehidupan manusia seperti perubatan, pertanian, perniagaan, strategi peperangan, pengurusan pembangunan dan hal-hal lain yang tidak melibatkan urusan agama.
|Hadith-hadith berkaitan perubatan|
4. Penulis membahagikan hadith-hadith berkaitan perubatan kepada dua bahagia:
4.1 Bahagian pertama: Hadith-hadith perubatan yang dijadikan hujjah di dalam syariat. Hadith-hadith ini terdiri daripada hadith yang menyebut tentang kaedah umum dalam perubatan. Pecahan hadith bah. pertama ini adalah seperti berikut.
a) Hadith-hadith yang menyebut tentang hukum-hakam perubatan seperti apa yang diharuskan dan apa yang diharamkan. Hadith-hadith ini berlegar di sekitar hukum mukallaf; Wajib, Sunat, Harus, Haram, Makruh.
b) Hadith-hadith yang menyebut tentang piawaian syariat dalam urusan perubatan dan hal ehwal pesakit, sebagai contoh, hukum lelaki mendapat rawatan daripada perawat perempuan dan larangan menggunakan benda haram untuk mengubat pesakit.
c) Hadith-hadith larangan dalam perubatan seperti mengamalkan cara perubatan jahiliyah dan amalan-amalan perubatan yang menafikan kesahihan aqidah seperti mengamalkan ruqyah yang bertentangan dengan syariat Islam.
d) Hadith perubatan yang berkait dengan perkara ibadah seperti, Siwak, membaca surah "3 Qul" dengan kaifyyat tertentu dan ruqyah syar'iyyah.
e) Hadith yang terbina diatas ayat al-Quran sperti hadith yang menceritakan tentang kelebihan madu.
4.2 Bahagian Kedua: Hadith dalam bahagian ini tidak dijadikan hujjah didalam syariah kerana ianya berkait dengan urusan dunia yang melibatkan kepakaran dan pengalaman Nabi s.a.w. yang hidup dalam masyarakat arab. Antara hadith-hadith yang berkait dalam bahagian ini adalah Pengamalan Kurma, Habbatussauda'.
Kesimpulan.
Ibn Khaldun berpendapat bahawa perubatan adalah disebut di dalam Hadith-hadith Nabi s.a.w bukan bermaksud menjadi hujjah dalam syariat. Namun bukanlah menjadi suatu masalah untuk kita beramal dengan hadith-hadith (Yang Thabit daripada Rasulullah s.a.w.) tersebut.
Ibn Hajar al-Asqalani r.hm menyebut. "Beramal dengan setiap perkara yang ada didalam Sunnah (dengan niat) yang benar akan diberikan manfaat kepada mereka yang beramal, dan Allah s.w.t. akan menghalangnya daripada mendapat mudarat dengan niatnya (Yang benar), jika sebalinya, maka sebaliknyalah yang akan diterima."
Wallahu'alam.
Abdul Hakim Othman.
19 Mei 2014
Irbid, Jordan.
2. Ulama berbeza pendapat dalam menyatakan adakah hadith-hadith Nabi s.a.w. yang menyebut tentang perkara berkaitan urusan keduniaan dijadikan hujjah dalam syariah atau sebaliknya?
Kedudukan Hadith Nabawiyyah sebagai hujjah didalam perubatan dan penjagaan kesihatan ;
Dr Muhammad Sulaiman al-Asyqar.

Wednesday, 14 May 2014
MERS - COV: Antara Langkah berjaga-jaga yang perlu diambil.
1. Definisi MERS COV
Middle East Respiratory Syndrome Coronovirus
Kes pertama dikenal pasti pada tahun 2012.
2. Bagaimana MERS - COV berjangkit?
(i) Binatang (mamalia) kepada manusia. (seperti: Unta) (merujuk kes yang berlaku di Jeddah)
- Oleh itu elakkan melawat ladang unta ketika melakukan umrah
(ii) Person-to-person transmission: close contact.
- Penyebaran virus antara manusia adalah dengan sentuhan.
Gambar Hiasan.
3. Langkah berjaga-jaga
(i) Elakkan bersentuhan (seperti: bersalaman) dengan orang yang memiliki simptom-simptom berikut
Apakah simptom-simptom yang mungkin seseorang itu dijangkiti mers-cov?
- Batuk
- Selsema
- Sesak nafas (shortness of breath)
- Pening-pening (atau rasa tidak selesa)
- Sakit dada (chest pain)
- Demam
- Cirit-birit (dalam beberapa kes)
- Kegagalan buah pinggang (kidney failure) (*symptom ini membezakan dengan SARS)
(ii) Menjaga kebersihan tangan.
- Kerap membasuh tangan dengan cara yang betul seperti selepas batuk.
- Mengalakkan penggunaan sanitizer
(iii) Elakkan makan makanan yang tidak dibasuh/ terdedah seperti buah dan sayur sayuran.
(iv) Elakkan makan daging yang tidak dimasak atau separuh masak
(v) Pastikan minum minuman yang disterilkan (sterilized)
Perhatian:
Sekiranya kita mengalami simptom seperti batuk, demam, atau selsema ketika menunaikan umrah atau berada di negara timur tengah, dinasihatka untuk memakai topeng muka dan elakkan daripada bersentuhan dengan orang sekeliling. Pastikan kita mengamalkan cara bersin yang betul iaitu menggunakan kain atau tisu.
Sumber dan Bacaan tambahan:
http://www.medicalnewstoday.com/articles/262538.php
http://www.medscape.com/viewarticle/824986
http://en.wikipedia.org/wiki/Middle_East_respiratory_syndrome_coronavirus
Credit to;
Nor Arifah binti Japar.
Tahun 3, Jordan University Science & Technology.
Timbalan Setiausaha Agung MPMMJ.
Tuesday, 8 April 2014
Pemuda 'Subuh' disaksikan malaikat.
17 Februari 2012.
Perancangan asal hanya sekadar untuk bertemu mata dengan
seorang Ulama Tafsir yang telah banyak mengarang kitab-kitab berkaitan
Al-Quran. Kagum dengan karya Qasasul Quran (3 Jilid) yang beliau hasilkan
ketika berusia 30 tahun, sehingga hari kitab tersebut masih lagi menjadi
rujukan.
Ketika azan subuh, Beliau telah berada di masjid. 2
rakaat solat sunat dan 1 juzu’ al-Quran menjadi hidangan harian beliau.
Gambar ketika Syeikh Solah al-Khalidi ketika menyampaikan Kuliah umum di Bayt PRISMA, Mafraq.
Mendapat lebih daripada yang diharapkan
Mulanya, cadangan mengadakan kelas bersama Syeikh Solah
al-Khalidi h.zh hanya lontaran idea untuk kelas kecil-kecilan. Alhamdulillah,
bermula dengan satu Kuliah Umum bersama ahli PPMA di dewan Da’abis, berlanjutan
ke Markaz Muhafazah Al-Quran dan ke rumah Syeikh h.zh
Peluang yang tidak disia-siakan.
Itu semua hanya sekadar selingan, selingan bagaimana
seorang guru mendidik anak-anak didiknya untuk melazimi subuh berjemaah. Setiap
kali ada sahabat-sahabat yang ingin bertemu beliau, pastinya, subuh di masjid
menjadi ‘syarat’ utama.
Kenangan teman-teman "Subuh" bersama Syeikh Solah al-Khalidi h.zh di Masjid Farid al-Khalil
Seketika berdua.
Solat subuh pagi tersebut, Imam membacakan petikan ayat
daripada surah al-Isra’.
Kesempatan berjalan pulang ke rumah Syeikh aku cuba
melontarkan persoalan sekitar isu Mesir dan tafsiran ayat وَقُرْآنَ
الْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا ?
“Syeikh, apa yang dimaksudkan dengan وَقُرْآنَ الْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا, adakah yang dimaksudkan itu adalah bacaan
al-Quran pada waktu pagi ?”
“Yang dimaksudkan dengan ayat tersebut adalah bacaan Solat
Fardhu Subuh, kerana ketika itu malaikat menyaksikan hamba-hamba yang sedang
menunaikan solat.”
Tafsir Ringkas.
Ketika menafsir ayat وَقُرْآنَ
الْفَجْرِ ,
Ibn Kathir r.hm menyebut bahawa yang dimaksudkan disini ialah ; Solat Subuh.
Didalam Sahih Bukhari, Imam Bukhari r.hm ketika menafsirkan ayat إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا , Beliau membawakan tafsiran daripada Mujahid r.hu iaitu ;
Solat Subuh.
Terlalu banyak hadith-hadith yang menceritakan kelebihan
solat subuh.
Antara hadith masyhur yang menceritakan berkaitan ayat
ini adalah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, daripada Abu Hurairah
r.hu., Nabi s.a.w. bersabda:
“Kelebihan solat berjemaah berbanding solat bersendiriaan
itu adalah dengan 25 kali ganda ganjaran, dan para malaikat yang bertugas pada
waktu malam dan waktu siang akan berkumpul pada waktu solat subuh. Abu Hurairah
berkata; dan bacalah apa yang kamu kehendaki ( وَقُرْآنَ الْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ
كَانَ مَشْهُودًا).”
Pemuda yang disaksikan malaikat.
Daripada Abu Hurairah r.hu, Nabi s.a.w. (Menafsirkan
ayat) وَقُرْآنَ الْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْآنَ الْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا, Sabda Nabi s.a.w. “Ia (bacaan dalam solat
subuh) disaksikan oleh para malaikat yang bertugas pada waktu siang dan waktu
malam.” (at-Tabari)
Mengkhususkan Solat subuh berbanding solat-solat lain
bukan bermaksud solat fardhu yang lain itu kecil ganjarannya, bahkan al-Quran
juga secara jelas mengajar kepada orang-orang yang beriman untuk sentiasa
menjaga dan memlihara solat kerana solat adalah tiang dan tunjang kepada agama.
Namun, yang menjadi persoalan utama adalah, Allah s.w.t.
menjadikan sesuatu yang istimewa didalam solat subuh.
Ketika manusia lena di ulit mimpi.
Kehangatan dalam selimut.
Allah menjadikan solat subuh sebagai kayu uji kepada
orang beriman untuk melihat betapa kebenaran dan keikhlasan keimanan seseorang
mukmin.
Apabila dikatakan bahawa solat subuh itu disaksikan oleh
para malaikat yang bertugas pada waktu siang dan waktu malam, ia tidak
menafikan bahawa solat-solat lain tidak disaksikan oleh para malaikat. Akan
tetapi dek kerana terlalu istimewa solat subuh itu. Allah s.w.t. merakamkan
satu ayat khusus untuknya untuk menggambarkan kelebihannya.
Beruntunglah mereka yang melazimi solat subuh berjemaah
kerana ianya disaksikan para malaikat. Semoga kita tergolong dalam kalangan
mereka yang disaksikan para malaikat.
Bersembang selepas solat fardhu Isya’.
Para Ulama mazhab Hanafi, Maliki, Sya’fie dan Hanbali
bersepakat bahawa hukum bersembang kosong selepas selesai menunaikan solat isya’
adalah ditegah (makruh).
Daripada Abi Barzah r.hu, “Sesungguhnya Nabi s.a.w.
menegah untuk tidur sebelum isya’ (Sebelum menunaikan solat isya’) dan
bersembang selepas daripadanya (Selesai menunaikan solat).” (Riwayat Bukhari)
“Sebab ditegah daripada bersembang kosong selepas selesai
menunaikan solat isya’ adalah kerana dibimbangi terlewat menunaikan solat subuh
atau terlepas waktu subuh atau tertinggalkan daripada menunaikan tahajjud.”
(Fiqh Ibn Mas’ud; Dr Abdullah Bin Mohd Bin Abdul Rahman al-Juma’ah)
Namun, diharuskan untuk bersembang (baca;perbincangan) dalam
perkara-perkara yang membawa kebaikan dan kemaslahatan seperti membaca al-Quran, memuliakan tetamu,
perbincangan dalam ilmu-ilmu feqah dan perbincangan ilmiah yang lain. Apa yang
penting perkara tersebut membawa kepada faedah dan kebaikan.
Daripada Umar bin al-Khattab r.hu, “Sesungguhnya Nabi
sa.w. berbincang (selepas solat isya’) bersama Abu Bakar r.hu berkaitan urusan
orang Islam, dan aku ada bersama mereka berdua.” (Riwayat Tirmizi).
Doa Nabi Muhammad s.a.w. Kepada Ummatnya.
Menjadi kebiasaan para pedagang arab untuk keluar
berdagang pada waktu awal pagi, begitu juga diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w.
jika ingin menghantar tentera untuk keluar berjihad, maka Baginda s.a.w. akan
mengiringi mereka pada waktu awal pagi.
Begitulah kita selaku mukmin. pagi seorang mukmin itu
dimulakan dengan penuh keberkatan, solat subuh, zikir ma’thur, bacaan al-Quran
lalu dititip pula pengisian-pengisian ilmu.
Semoga kita tergolongan dalam kalangan mereka yang
didoakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam doa Baginda s.a.w.
“اللَّهُمَّ
بَارِكْ لأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا”
Ya Allah, Berkatilah Ummatku pada waktu pagi mereka.” (Riwayat
at-Tirmizi)
Solat subuh pagi tersebut, Imam membacakan petikan ayat daripada surah al-Isra’.
Catatan,
Abdul Hakim Othman.
07 April 2014.
Irbid, Jordan.
Saturday, 29 March 2014
Cita-cita Besar daripada Insan Kerdil.
Selayaknya
hanya kepada Allah dicurahkan segala pergantungan dan pengharapan.
Kali kedua
diberi amanah duduk bersama kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia
Jordan(MPMMJ). Tiada beza antara aku teman-teman melainkan aku dibebankan
dengan satu jawatan yang bakal dipertanggungkan dihadapan Rabbul Izzah di
padang mahsyar.
Tiada banyak yang aku mampu sampaikan, melainkan sedikit harapan. Kurang 9 bulan daripada tarikh aku dibebankan dengan satu amanah, MPMMJ bakal menyambut ulangtahun penubuhan yang ke 15 tahun. Sudah pasti banyak pengalaman yang telah MPMMJ corakkan dalam kalangan warga mahasiswa Malaysia di Jordan.
Asas
yang aku letakkan.
[Aali-Imran:104]
Bukanlah
satu keputusan yang mudah aku ambil untuk cuba bersama-sama menyumbang dalam
MPMMJ, berhari-hari bertanya kepada isteri yang baru sahaja disahkan hamil adakah
benar keputusan ini. Berat! tapi satu hal aku bisikkan pada isteri tercinta.
“Ni peluang abang nak menyumbang, lapangan abang untuk berdakwah, abang takde kelebihan lain untuk memberi sedikit sumbangan pada orang.”
Tetapkan hati, dengan sokongan isteri, ibu bapa dan teman-teman, aku memilih jalan ini.
Jalan untuk
aku laksanakan sedikit sumbangan pada jalan dakwah.
Nasib
berubah dipermulaan perjalanan.
Tidak
pernah terdetik untuk dilantik sebagai orang tertinggi dalam sesebuah
perkumpulan, yang ada hanyalah menjadi seorang yang boleh menyumbang kepada
teman-teman.
Tapi
semuanya berubah. Yang dirancang berubah mengikut perancangan Ilahi. Semoga
inilah jalan aku.
MPMMJ;
Komuniti impian kita.
Tidaklah
selayaknya untuk aku mencoret semua ini, tetapi, sebagai harapan besar daripada
insan yang kerdil aku coretkan serba sedikit untuk menjadi panduan aku
melunaskan tanggungjawab yang dibebankan.
Sebagai
permulaan, apa yang aku suka untuk lihat dalam keluarga besar MPMMJ adalah
suasana toleransi dan keterbukaan dalam meraikan kepelbagaian. Tidak mampu lagi
untuk dinafikan kepelbagaian yang wujud, apalagi menyekat dan menghalang
kepelbagaian yang ada.
Berkurun-kurun
ummat Islam ditanamkan nilai bahawa “Kepelbagaian itu rahmat.”. Rahmat kepelbagaian
dalam saling lengkap-melengkapi, rahmat kepelbagaian dalam saling
bantu-membantu dan tolong-menolong, rahmat kepelbagaian dalam bekerjasama
menjayakan.
Al-Quran
menyatakan dengan jelas kepelbagaian yang ada dalam kalangan manusia itu adalah
suatu ujian dalam menentukan kemuliaan;
“Dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku
puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang
lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih
taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).”
(al-Hujurat:13)
Yang dimaksudkan dengan “berkenal-kenalan” (Le-Taarafu)
didalam ayat tersebut adalah saling bergaul dalam kalangan kamu dalam keadaan
Ma’ruf, saling membantu dalam kebajikan dan perkara yang membawa kemaslahatan
bersama samaada sesame saudara-saudara yang terdekat mahupun yang berjauhan. Dan
bekerjasama dalam menentang perkara-perkara dosa dan permusuhan walaupun
permusuhan itu datang daripada orang yang paling hampir mahupun orang yang
paling dicintai. (Dr Salman Audah, Wala Yazaluna Mukhtalifin).
Komuniti yang kita impikan komuniti yang prihatin dan cakna
suasana sekeliling kita. Komuniti yang hidup budaya nasihat-menasihati,
tegur-menegur antara satu sama lain.
Warga MPMMJ; Harapan baru untuk Malaysia.
Mungkin titik ini sedikit menerawang, tetapi itulah
cita-cita besar. Cita-cita ingin melihat mahasiswa Malaysia di Jordan suatu
hari menjadi peneraju utama perubahan yang dicita-citakan seluruh warganegara
Malaysia. Perubahan lanskap Ekonomi, Politik mahupun sosial, itu semua menjadi
citra utama mahasiswa Malaysia di Jordan untuk melihat Malaysia sebuah Negara yang
maju daripada pelbagai sudut.
Mahasiswa Malaysia di Jordan sebagai perintis kepada lanskap
politik Negara yang selama ini dalam suasana tegang dan menyesakkan kepada
lanskap politik harmoni, hormat-menghormati dan kerjasama dalam perkara yang
disepakati dan bertoleransi dalam perkara yang berbeza pandangan padanya.
Dimana harus kita bermula?!.
Aku sendiri tidak tahu bagaimana harus untuk aku bermula. Mengikut
sedikit apa yang pelajari, Ilmu adalah asas kepada pembangunan sesebuah bangsa.
Pembudayaan ilmu yang sihat dalam kalangan warga mahasiswa adalah menjadi tiang
asas pembangunan komuniti yang dicita-citakan. Pembudayaan ilmu bukan sekadar
hidup di kelas-kelas kuliyah, yang lebih penting, pembudayaan ilmu juga hidup
dalam kelas-kelas talaqqi bersama para guru di masjid-masjid, perbincangan
ilmiah dalam kalangan warga mahasiswa dan pelbagai lagi medan pembudayaan ilmu
yang boleh terus untuk dihidupkan.
Cita-cita besar ini juga akan tempang jika elemen
pembangunan diri seorang muslim terabai, solat berjemaah, usrah, riadhah dan
kuliyah-kuliyah yang berbentuk tazkiah nafs juga menjadi asas utama
untuk kita semua bermula.
Penutup.
Besarlah cita-cita yang cuba digapai, besar jugalah bayaran
pengorbanan yang perlu dibayar. Perubahan tidak pernah hadir secara kebetulan
melainkan ia hadir dengan satu perancangan yang digembeleng bersama untuk
mencapainya.
Hari ini, aku masih lagi memujuk diri, terimalah hakikat
bahawa diri dibeban dengan amanah yang akan disoal Rabbul Izzah di akhirat
nanti.
Akhukum Fillah,
Abdul Hakim Othman.
29 Mac 2014.
Irbid, Jordan.
Friday, 21 February 2014
Ucapan Penangguhan || Mesyuarat Agung Tahunan MPMMJ kali ke-14 ||
Ketua Hewi MPMMJ
2014/2015
Naib-naib
Presiden MPMMJ 2014/2015
Barisan Kepimpinan MPMMJ
sesi 2014/2015.
Pengarah Mesyuarat
Agung Tahunan MPMMJ keli ke14
Barisan Kepimpinan
MPMMJ sesi 2013/2014
Barisan Kepimpinan
Persatuan Zon, Badan Kebajikan Anak Negeri dan Kelab.
Para Perwakilan dan
Pemerhati/ Hadirin-Hadirat yang dirahmati Allah s.w.t.
Bersyukur kepada
Allah s.w.t dalam suasana yang hening ini, kita diberikan ruang dan peluang
untuk sama-sama berada di dewan besar ini bagi meneruskan usaha-usaha untuk
kita melihat mahasiswa Jordan terus membangun dan melangkuh maju kehadapan.
Saya mewakili
barisan kepimpinan MPMMJ sesi 2014/2015 merakamkan ucapan jutaan Terima Kasih
kepada pengarah mesyuarat agung tahunan MPMMJ kali ke-14 beserta ahli
jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus bermula bulan November sehingga ke
saat ini untuk meihat mesyuarat agung tahunan yang diadakan pada hari ini
berjalan dengan lancar.
Saya juga ingin
merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada seluruh kepimpinan di setiap peringkat
kerana terutama kepada para pembahas yang telah sama-sama berusaha untuk
memberi nafas baru kepada mesyuarat agung tahunan mpmmj pada tahun ini. Setiap
cadangan, kritikan dan penambahbaikan yang telah dilontarkan oleh para
perwakilan akan diteliti oleh kepimpinan mpmmj demi melihat mpmmj terus
membangun dan melangkah maju.
Dikesempatan ini,
saya ingin mengucapkan ucapan penghargaan kepada pihak jawatankuasa pemilihan
MPMMJ (SPR) yang telah berjaya menjalankan tugas dengan baik. Alhamdulillah,
tagline “MPMMJ untuk semua” yang selama ini hanya berlegar dalam kalangan
kepimpinan MPMMJ, PZ, BKAN dan Kelab telah berjaya dipecahkan temboknya dengan
perlaksanaan proses pengundian untuk seluruh warga MPMMJ.
Tahniah saya
ucapkan.
Ucapan
setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga MPMMJ yang telah
melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam memilih barisan kepimpinan yang
bakal memimpin MPMMJ.
Urusan memilih
kepimpinan adalah suatu urusan yang amat dititik beratkan oleh islam, Firman
Allah s.w.t. :
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala
jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan
adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang
sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi
sentiasa Melihat. (An-Nisa:58)
MPMMJ -14 Tahun-.
Sidang perwakilan dan
pemerhati yang dirahmati Allah s.w.t. sekalian.
Sebelum memanjangkan
kalam penangguhan saya pada petang ini, izinkan saya untuk membawa sidang dewan
sekalian ingin mengimbas sedikit sebanyak maklumat penting berkaitan MPMMJ.
Tujuan asal
penubuhan MPMMJ
Fasal 8 perlembagaan
MPMMJ ada tercatat bahawa penubuhan asal MPMMJ adalah sebagai salah sebuah
medan yang mengumpulkan setiap persatuan bagi membina kesatuan dan kebersamaan
mahasiswa Malaysia di Jordan.
Dengan kata lain,
MPMMJ adalah sebuah badan induk yang bernaung dibawah Education Malaysia Jordan
(EMJ) dalam masa yang sama menaungi persatuan-persatuan zon, BKAN-BKAN dan
kelab.
MPMMJ sesi
2014/2015.
Firman Allah s.w.t.
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu
memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah
seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan
apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat
orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah
Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.(al-Mujadalah:11)
Dengan semangat ayat yang dibacakan, MPMMJ sesi 2014/2015
bersetuju untuk memilih “Membangun Mahasiswa Muslim Kelas Pertama.” Visi ini
bertepatan dengan suasana kita yang hidup dalam suasana ilmu dan kehidupan
masyarakat mahasiswa.
Mahasiswa yang kita cita-citakan bukan mahasiswa yang
semata-mata pakar dalam bidang ilmu masing-masing tetapi lupa akan raka-rakan
disekeliling. Mahasiswa yang dicita-citakan ialah mahasiswa yang sentiasa
terkehadapan dalam bidang ilmu
masing-masing dalam masa yang sama kita prihatin dengan keadaan dan suasana
sekeliling kita, saling tolong-menolong, saling bantu-membantu.
Firman Allah s.w.t.
Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat
kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa
(maksiat) dan pencerobohan. (al-Maidah:2)
Sidang perwakilan dan pemerhati yang dirahmati Allah s.w.t.
sekelian.
Untuk mencapai visi yang disepakati bersama-bersama ini
termasuk presiden-presiden persatuan zon, kita bersetuju untuk menjadikan visi “membangun
mahasiswa muslim kelas pertama” sebagai sebagai visi bersama mpmmj dan
bersatuan. Dan itulah juga harapan kepada BKAN-BKAN.
Dalam menggarap visi ini, MPMMJ juga telah menyenaraikan
secara ringkas misi-misi yang perlu digarap oleh kita semua untuk mencapai visi
yang kita gagaskan ini.
1) Pembudayaan Ilmu dalam kalangan mahasiswa.
Ilmu sebagai asas kepada pembangunan sesebuah masyarakat dan
tamadun, tanpa ilmu masyarakat dan tamadun tidak mampu untuk membangun.
Dengan asas itulah, pembudayaan ilmu perlu untuk terus subur
dalam kalangan mahasiswa, diskusi, bedah buku, pembentangan kertas kerja dan
lain-lain program ilmiah perlulah diteruskan dan dalam masa yang sama penumpuan
kepada kelas-kelas talaqqi luar universiti perlu untuk dititik beratkan.
Saya rakamkan, ucapan tahniah dan syabas kepada seluruh
warga MPMMJ yang telah berusaha dengan usaha masing-masing dalam menjayakan
program-program ilmiah samaada dibawah anjuran persatuan mahupun usaha
persendirian.
Jangan hanya bergantung kepada persatuan semata-mata, tetapi
mahasiswa perlu berdikari untuk melihat kita hidup dalam suasana masyarakat
cintakan ilmu.
2. Kesedaran jati diri muslim.
Pada petang berbahagia ini, suka untuk saya menarik
perhatian para perwakilan dan pemerhati sekalian. Pada mesyuarat agung tahunan
MPMMJ yang lepas, isu MC hangat diperkatakan oleh para perwakilan yang hadir,
ada bersetuju ada yang tidak bersetuju da nada yang mencadangkan pelbagai
altenatif untuk melihat institusi smart group atau usrah berjalan dengan baik.
Alhamdulillah, saya kira isu yang dibangkitkan itu sebagai
satu sensitivity yang positif.
Untuk perhatian sahabat-sahabat sekalian.
Pada pertengahan sesi kepimpinan MPMMJ yang lepas, kita
telah bersetuju untuk meletakkan institusi smart group ini dibawah portfolio
timbalan presiden MPMMJ di peringkat se-jordan dan dibawah portfolio timbalan
presiden 1 persatuan zon untuk peringkat zon.
Apa yang saya sebut
sebentar tadi adalah berbentuk protocol dan teknikal.
Yang lebih besar, MPMMJ ingin melihit bahawa smart group ini
menjadi medan pembangunan jati diri muslim, medan pembangunan budaya ilmu dan
apa yang lebih penting, dengan berjalannya institusi smart group, kita akan
melihat suasana masyarakat mahasiswa yang harmoni, hidup dalam keadaan
ingat-mengingati dan pesan-memesan Antara satu sama lain.
Firman Allah s.w.t.
وَالْعَصْرِ ( 1 ) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ ( 2 ) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ( 3 )
[1]
Demi Masa![2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka
pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (al-Asr:1-3)
3) Budaya Muafakat.
Imam Ibn Kathir rahimahumullah dalam menafsirkan ayat surah
al-Mujadalah:11, beliau memetik sebuah hadith rasulullah s.w.t. riwayat Ibnu Majah.
وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى
مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي
عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ
Barang siapa yang memudahkan urusan orang yang susah,
nescaya Allah akan memudahkan urusannya didunia dan diakhirat. Allah sentiasa
berada bersama hamba-Nya selagi hamba-Nya sentiasa dalam membantu
saudara-maranya.
Sahabat-sahabat sidang perwakilan dan pemerhati yang
dirahmati Allah sekalian.
Isu kebajikan bukan lagi satu isu asing dalam masyarakat
mahasiswa Jordan pada hari ini, isu semangat kemantiqahan yang ada cuba
dibangkit oleh salah seorang pembahas ucapan dasar sebentar sebentar tadi dan
banyak lagi isu-isu yang berkaitan permuafakan yang mana mutakhir dilihat mula
ditimbul.
Berkait rapat dengan isu kebajikan, saya ingin tegaskan
bahawa kebajikan adalah tanggungjawab bersama warga MPMMJ, namun disana dari
sudut teknikal, kita sepakat untuk meletakkan urusan kebajikan dibawah bidang
kuasa Badan Kebajikan Anak Negeri. Tetapi hal ini bukan bermakna MPMMJ,
Persatuan Zon dan Kelab boleh untuk berlepas diri daripada tanggungjawab
kebajikan warga MPMMJ.
Bertitik tolak daripada itu, saya melihat bahawa kerjasama yang baik Antara persatuan
zon dengan persatuan zon yang lain, BKAN dengan BKAN yang lain, Kelab dengan
Kelab yang lain dan kolaborasi pintar Antara MPMMJ, PZ, BKAN dan Kelab perlu
dibinakan dan disuburkan oleh kita semua.
Sinerge Persatuan Zon, BKAN dan Kelab dalam membangun
mahasiswa.
a) Sedia maklum bahawa, persatuan zon adalah sebuah
persatuan yang berdiri sendiri tanpa ada sendi daripada mana-mana kerajaan
negeri, tanpa ada sebarang badan yang benar-benar menjadi tulang belakang
kepada PZ untuk menyalurkan kewangan dan lain-lain bantuan. Dan sebagai memetik
apa yang disampaikan oleh perwakilan daripada Pahang, saya kira BKAN merupakan
badan yang mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri dari sudut kewangan,
walaupun tidak dinafikan bahawa ada sebahagian BKAN yang di anaktirikan oleh
kerajaan negeri, apapun. Yang menjadi point utama saya adalah, sinerge kekuatan
ahli yang menyeluruh di persatuan zon dan kekuatan kewangan BKAN perlulah
ditingkatkan Antara PZ dan BKAN bagi menganjurkan sebarang aktiviti ilmiah dan
program-program utama di persatuan zon.
b) Saya ingin mengutarakan satu pandangan berkaitan
program-program yang telah dan sedang dirancang oleh sahabat PZ, BKAN dan
Kelab. Saya kira satu kajian serius perlu dilakukan oleh seluruh kepimpinan
berkaitan program-program yang dijalankan dibawah persatuan masing-masing. Satu
pesanan yang perlu kita semat didalam hati kita; “Buatlah program ikut
keperluan, bukan ikut kemahuan kepimpinan semata-mata.”
c) Perkara yang saya kira penting untuk saya sebutkan pada
petang ini adalah berkaitan hal kewangan. Perkara ini saya kira perlu dititik
beratkan oleh setiap kepimpinan. Kewangan persatuan bukanlah duit poket kita,
bukan duit poket keluarga kita. Tetapi kewangan persatuan yang kita uruskan
adalah amanah yang akan dipersoalkan keatas kita. Berhati-hatilah dalam
menguruskan kewangan, Minimumkan perbelanjaan, maksimumkan hasil.
Mahasiswi memacu kemajuan Ummah.
a) Permasalahan wanita semakin hari semakin menjadi satu isu
yang sentiasa diperkatakan. Setiap falsafah dan agama mempunyai penyelesaian
tersendiri, tetapi pada hakikatnya, penyelesaian yang dibawa oleh islam adalah
sebaik-baik penyelesaian yang lengkap dan sempurna.
b) Menjadi kewajipan kepada para ilmuan terutama mahasiswi
dalam menghadapi dan mendepani isu-isu ini. Saya melihat mahasiswi Jordan menjadi
satu aset penting untuk memimpin masyarakat dalam menyelesaikan pelbagai
cabaran yang timbul mutakhir ini.
Saya bercita-cita untuk melihat mahasiswi Jordan di bawah kepimpinan Ketua HEWI MPMMJ sesi 2014/2015 berusaha mengadakan satu persidangan khusus untuk mahasiswi segah PERTAMA bagi membincangkan persoalan-persoalan berkaitan kewanitaan dan kekeluargaan.
Dr Yusuf al-Qaradhawi berpesan:”Sesungguh isu wanita adalah
isu yang besar pada zaman ini dan kesannya amat mendalam ini kerana wanita
mempunyai peranan yang besar di dalam kehidupan keluarga dan kehidupan
masyarakat. Tidak mungkin masyarakat dan keluarga akan menjadi baik, sekiranya
wanita tidak menjadi soleh.”
Kesimpulan.
1) MPPMJ, PZ, BKAN dan Kelab bukanlah sebuah badan politik,
apatahlagi badan berkecuali atau sebagainya, akan tetapi MPMMJ, PZ, BKAN dan
Kelab adalah sebuah badan persatuan yang menjadi penyatu dan badan kesatuan
kepada seluruh mahasiswa.
2) MPMMJ tidak mampu untuk mencapai visi dan misi yang
digagaskan tanpa adanya sokongan dan dokongan warga MPMMJ semua. Kita sebagai warga MPMMJ harus mengembeleng tenaga untuk mencapai apa yang kita gagaskan.
3) Terima kasih kepada semua warga MPMMJ kerana terus
memberikan sokongan pada kepada MPMMJ, hari ditaklifkan untuk memimpin MPMMJ,
akan tetapi saya bukanlah yang terbaik dalam kalangan warga MPMMJ, sekiranya
apa yang cuba bawakan dan laksanakan baik untuk MPMMJ maka dokonglah, dan jika
sekiranya ada kelompongan dan kekurangan, perbetulkanlah saya.
Wallahu’alam.Salam Hormat.
Abdul Hakim Bin Othman.
(21 Februari 2014/Jumaat/3.01
p.m/Dewan Masrah,Mu’tah,Jordan)
Subscribe to:
Posts (Atom)